Honda City terima sambutan luar jangka – 2 ribu tempahan dalam masa 10 hari!

Honda City facelift 2017

Honda City rupa baharu (facelift) yang baru saja dilancarkan pada 2 Mac lepas telah menerima sambutan di luar jangkaan Honda Malaysia apabila kereta itu telah ditempah sebanyak 2,000 unit dalam masa sepuluh hari sahaja. Honda Malaysia pada awalnya menjangkakan jumlah tersebut boleh dicapai dalam masa sebulan.

Honda City berjaya menarik minat keluarga muda dan individu bujang bekerja susulan harganya yang sama seperti model sebelum ini dan penurunan harga varian S berbanding S+.

Lebih menarik perhatian ialah apabila Honda Malaysia melengkapinya dengan pelbagai peralatan yang biasa terdapat pada kereta segmen C tetapi pada harga kereta segmen B.

Honda City facelift 2017

Honda Malaysia melengkapi kesemua varian Honda City iaitu S, E dan V dengan teknologi keselamatan seperti Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Bantuan Mula Mendaki (HSA) dan Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS).

Kesemua varian turut dilengkapi Sistem Kemasukan Pintar dengan Butang Penghidup Enjin, Lampu Pencahayaan Siang (DRL) LED, Cermin Sisi Boleh Lipat Automatik dan Rim Aloi Dua Tona.

Honda City V paling istimewa dengan beberapa kelengkapan eksklusif seperti Lampu Depan LED dengan LED DRL, Lampu Kabus Hadapan LED, Lampu Belakang LED dan Ducktail Spoiler bersama Lampu Brek LED.

Honda City V juga lengkap dengan Tempat Duduk Kulit dan 8 unit Pembesar Suara, Pedal Penukar Gear (Paddle Shift) dan Kawalan Jelajah (Cruise Control) dan Kamera Undur Pelbagai Sudut.

Honda City facelift

Sama seperti model Honda berspesifikasi tinggi lain, City V turut dilengkapi 6 Beg Udara. City E dan S masing-masing dilengkapi 4 dan 2 Beg Udara.

Berdasarkan tempahan, majoriti pelanggan memilih City V iaitu sebanyak 44 peratus diikuti varian E sebanyak 38 peratus dan akhir sekali varian S dengan 18 peratus. Jumlah tempahan varian S sebenarnya adalah peningkatan besar memandangkan sebelum ini ia hanya mewakili lima peratus tempahan keseluruhan sahaja.

Daripada semua tempahan tersebut, warna Lunar Silver Metallic paling disukai pelanggan.

Honda City facelift

Harga Honda City varian S ialah RM78,300, varian E RM84,600 dan varian V RM92,000.

Terdapat lima warna ditawarkan iaitu Perak (Lunar Silver Metallic), Merah (Dark Ruby Red Pearl), Putih (Taffeta White), Kelabu (Modern Steel Metallic) dan Hitam (Crystal Black Pearl).

Honda City facelift didatangkan dengan waranti lima tahun dengan perbatuan tanpa had dan selang servis 10,000km boleh dibuat di mana-mana 88 pengedar Honda di seluruh negara.

BACA LAGI:

Honda City facelift kini dilancarkan – Harga bermula dari RM78.3K hingga RM92K

Honda City facelift – Perbezaan di antara tiga varian S, E dan V

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.