Honda City Modulo 2014

Honda City Modulo 2014.08

Pada 23 Januari lepas Honda Automobile (Thailand) Co., Ltd., telah melancarkan Honda City baharu. Model generasi keempat itu dibina berdasarkan konsep “Advanced Cool Stunner”. Reka bentuk bahagian  depan hinggalah ke belakang adalah lambang ekspresi kemewahan dengan ruang kabin yang luas.

Honda City dikuasakan oleh enjin 1.5L SOHC i-VTEC yang berkuasa 117 hp pada 6,000 rpm dan tork 146 Nm pada 4,700 rpm. Menarik untuk pasaran Thailand ialah penggunaan transmisi CVT yang merupakan salah satu siri teknologi Earth Dream yang lebih berkuasa dan cekap bahan api. Pembangunan Honda City baharu disandarkan kepada konsep Exciting H Design yang mempunyai maksud tersendiri di mana huruf H mewakili Human Centre dengan fokus kepada pemandu dan penumpang. Tidak dilupakan ialah DNA Honda yang terkenal iaitu Man Maximum, Machine Minimum yang merupakan nadi kepada pembangunan model baharu ini.

Dari segi keselamatan, Honda sememangnya tidak lalai dengan menawarkan senarai lengkap seperti ABS, VSA, Hill Start Assist dan Emergency Stop Signal pada kesemua varian. Untuk model premium pula terdapat enam beg udara iaitu Dual SRS, beg udara i-Side dan Side Curtain Airbag.

Khusus buat pelanggan yang mahukan kelainan, Honda Thailand menawarkan aksesori Modulo seperti kit badan, roda aloi, pemegang tab, pedal pendikit aluminium dan panel LED pada papan pemuka. Honda City Modulo kelihatan lebih sporty dan  dijangka memberi saingan sengit kepada model pesaing tradisi dan juga yang baru memasuki pasaran.

Honda City 2014 dikatakan bakal memasuki pasaran tempatan di dalam masa terdekat dengan empat tawaran varian pada harga permulaan kompetitif yang dilihat penting dalam pasaran yang semakin kompetitif.

Sementara itu layari dahulu galeri gambar Honda City standard dan City Modulo 2014 versi Thailand.

Honda City Modulo 2014

Honda City 2014

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.