Honda BR-V Dipamerkan di Malaysia Autoshow 2016

honda-br-v-2016-01

Honda Malaysia telah membuat kejutan apabila mempamerkan Honda BR-V iaitu crossover 7 tempat duduk di Malaysia Autoshow 2016. Honda BR-V didedahkan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa bersama Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia, Encik Katsuto Hayashi. Model prototaip Honda BR-V berwarna Taffeta White dipamerkan di Malaysia Autoshow 2016 yang berlangsung di Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC) sehingga 13 November 2016.

Honda BR-V dikuasakan oleh enjin 1.5L i-VTEC dengan output 120PS yang merupakan angka tertinggi di dalam segmennya. Honda BR-V menampilkan rekaan signatur iaitu Solid Wing Face serta rekabentuk yang terampil dan bergaya. Berikut merupakan ciri-ciri Honda BR-V yang bakal dipasarkan pada awal 2017.

  • Lampu DRL
  • Roda aluminium 16 inci
  • Kamera dan sensor undur
  • Kerusi pelbagai konfigurasi
  • Ruang bagasi 223 liter atau 539 liter apabila kerusi barisan ketiga dilipat
  • Kerusi barisan kedua boleh laras ‘One Touch Tilt & Tumble’ dengan konfigurasi 60:40 atau 50:50
  • Kerusi balutan kulit
  • Penyaman udara belakang

honda-br-v-2016-04

Selain daripada itu, Honda Malaysia turut merancang untuk mempamerkan Honda BR-V di siri Jelajah Honda Malaysia di seluruh negara. Di bawah ialah tentatif jadual jelajah Honda Malaysia yang bermula pada bulan ini.

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.