Honda BR-V – Crossover 7 Tempat Duduk Kini Dibuka Untuk Tempahan

honda-br-v-2016-04

Honda Malaysia kini membuka tempahan kepada pelanggan yang berminat dengan produk terbaru mereka iaitu Honda BR-V. Model terbaru itu merupakan Crossover 7 tempat duduk yang dibangunkan khusus untuk pasaran ASEAN dengan pelancaran pertama di Indonesia dan disusuli Thailand, India dan Filipina. BR-V yang bermaksud Bold Runabout Vehicle telah mendapat sambutan baik di keempat-empat negara tersebut.

BR-V baharu ini dijangka memenuhi citarasa pasaran tempatan yang mahukan kenderaan 7 tempat dudukan yang menawarkan nilai, gaya, ruang dan ciri-ciri praktikal. BR-V adalah untuk keluarga yang mahukan fungsi dan gayaan rugged sebuah SUV tetapi pada masa yang sama memerlukan ruang untuk keluarga yang membesar.

honda-br-v-2016-02

Honda BR-V dikuasakan oleh enjin 1.5L i-VTEC dengan output kuasa 120PS yang tertinggi untuk segmennya. Bahagian depan BR-V membawa gayaan signatur Honda ‘Solid Wing Face’ manakala bentuk keseluruhannya menampakkan ia sebagai kenderaan yang trampil dan bergaya. Lampu utama didatangkan dengan DRL dan rodanya pula bersaiz 16 inci dua tona. Turut didatangkan standard ialah kamera dan sensor undur.

Pemandu pula dapat menikmati pemandangan yang tinggi melalui jarak kelegaan bumi sebanyak 201mm. Ruang barangan untuk seisi keluarga ialah 223 liter dan meningkat kepada 539 liter apabila kerusi barisan ketiga dilipat. Kerusi Honda BR-V direka untuk pelbagai konfigurasi di mana barisan kedua boleh dilipat melalui satu sentuhan ‘One Touch Tilt & Tumble’ dan boleh dipisahkan secara 60:40. Kerusi barisan ketiga pula mampu dipisahkan melalui nisbah 50:50 dan lipat penuh.

honda-br-v-2016-01

Keselesaan penumpang ditambah melalui penggunaan kerusi balutan kulit dan penyaman udara bahagian belakang yang sememangnya diperlukan untuk cuaca rantau Asia.

Honda BR-V dijangka dilancarkan secara rasmi pada Suku Pertama 2017.

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.