Honda Accord Coupe Concept: Bayangan Honda Accord Generasi Baharu!

Sewaktu gambar Honda Civic generasi kesembilan mula tersebar tahun lepas, ramai yang kecewa dengan rekabentuknya. Antara kesepakatan komen-komen di dalam blog automotif ialah pereka Civic sudah kekeringan idea dengan mengitar semula rekaan Honda City. Ramai yang bersetuju bahawa Civic generasi kelapan lebih menarik dengan rekabentuk yang lebih revolusi. Hakikatnya Civic generasi kesembilan adalah evolusi model kelapan di mana perekanya melakukan penyempurnaan (refinement) dan ternyata proses itu bukan mudah kerana Civic mempunyai peminat tegar di serata dunia. Walau bagaimanapun, komen-komen yang menolak rekabentuk terbaharu itu bukanlah bermakna segala-galanya sudah berakhir buat Honda kerana kadang kala foto tidak memberi keadilan sebenar kepada realiti. Tambahan pula hati manusia sentiasa yang berubah, hari ini tidak suka, esok lusa siapa yang tahu. Ragam sesetengah daripada kita juga begitu, sebagai contoh Perodua Kenari sewaktu mula-mula diperkenalkan ramai yang mencemuhnya seolah-seolah mesin basuh atau akuarium bergerak tetapi lama-kelamaan semakin ramai pula yang membelinya dan akhirnya menjadi antara produk popular keluaran Perodua.

Pada 10 Januari lepas di Detroit, Amerika Syarikat (AS), Honda telah memperkenalkan Accord Coupe Concept yang dikatakan sebagai bayangan Accord generasi baharu. Pengenalan model itu ternyata mengejutkan kerana Accord generasi kelapan yang berada di pasaran sekarang ini seolah-olah seperti baru semalam diperkenalkan dan secara tiba-tiba Honda memperkenalkan model pengganti. Untuk model itu, Honda meneruskan gaya bahasa rekabentuk evolusi pada model terbaharu dan kali ini, seperti Civic baharu rata-rata komen yang diberikan tidaklah begitu memberangsangkan. Kemungkinan besar mood tersebut dipengaruhi oleh rekabentuk model-model kereta Korea yang dilihat begitu segar dan mempunyai wow factor. Peminat setia (loyalist) rasanya tidak menjadi masalah untuk terus menyokong Honda namun pasti lain pula buat mereka yang neutral kerana pakej yang ditawarkan oleh pengeluar Korea nampaknya lebih nilai untuk wang.

Apa pun, Accord Coupe Concept yang baharu diperkenalkan mempamerkan arah penggayaan atletik yang kini banyak dipegang oleh pengeluar kereta lain. Garisan dinamik pada bampar hadapan diserlahkan melalui gril sarang lebah empat sisi dan lampu utama multi-reflector. Rim bersaiz 20 inci yang dipasang menjadikan model konsep itu tampak berada di dalam kedudukan yang tegap. Gugusan lampu belakang pula kemas ditanam di dalam badan kereta manakala spoiler halus pada bonet belakang serta perumah paip ekzos diintegrasikan pada bamper seterusnya menyumbang kepada luaran kereta yang maskulin. Selain daripada itu, dakwa Honda, model sedan nanti akan mempunyai luaran yang lebih kompak berbanding model coupe yang menambah lagi imej sportynya. Ukuran yang lebih pendek dengan berat yang dikurangkan pula akan menambah baik pengendalian serta dinamik pemanduan yang bakal dialami pemandu. Walau bagaimanapun, bijaknya Honda ialah apabila saiz ruang kabin Accord Sedan dan Coupe berjaya dikekalkan sama seperti model sebelumnya.

Model Accord 2013 untuk pasaran AS bakal ditawarkan dengan tiga jenis enjin. Model Accord Sedan dan Coupe merupakan model pertama di AS yang bakal menggunakan enjin Earth Dreams 2.4 liter, 16 injap DOHC i-VTEC dengan teknologi pancitan terus (DI). Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi enam kelajuan manual atau Continuously Transmission (CVT) baharu yang menggunakan sistem kawalan kooperatif untuk pecutan yang lebih baik dan penukaran gear yang responsif. Selain daripada itu, Accord terbaharu juga bakal dimuatkan dengan enjin bersaiz mega iaitu 3.5 liter SOHC, i-VTEC V6 yang telah diubahsuai semula dengan lebih kuasa kuda dan tork berbanding model sekarang. Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi enam kelajuan automatik. Varian Accord sedan 2013 buat pertama kalinya bakal menggunakan dua motor plug-in hybrid system bagi meraih penggunaan minyak yang ekonomikal.

Honda Accord adalah antara produk terlaris Honda di seluruh dunia dan sehingga kini antara model yang mencatat jualan tinggi di Amerika Syarikat (AS). Accord dilancarkan pada tahun 1976 dengan perubahan rekabentuk major pada tahun 1982, 1986, 1990, 1994, 1998, 2003 dan 2008. Jualan terkumpul di AS sejak mula pengenalannya sudah melebihi sebelas juta unit. Pada tempoh tersebut, persaingan memang ada namun tidak sesengit seperti sekarang. Hyundai dan Kia sudah mula bangun dan berlari. Adakah Honda perlu merubah strategi bisnesnya? Sambutan terhadap dua model punca pendapatan (bread and butter) iaitu Civic dan Accord baharu merupakan signal penting buat Honda, berubah atau kekal dengan prinsipnya.

-Md Uia-

Silakan kongsi:

18 comments

Skip to comment form

    • YuRi on 08/02/2012 at 9:05 AM
    • Reply

    perghhhhhhh….
    melentik mcm awek…

    • perdanaburuk on 08/02/2012 at 10:18 AM
    • Reply

    Resing sport exec ni. Kejap2 jinak, kejap2 liar ni…….

    • Smut_Liar on 08/02/2012 at 11:11 AM
    • Reply

    smart smart smart ……………
    terbaik…………..

    • exJAVANESE on 08/02/2012 at 12:01 PM
    • Reply

    gua nk trade in honda Ex5 gua amik honda accord nih.. bru caree der..hihi

    • Alteja on 08/02/2012 at 1:41 PM
    • Reply

    Warna dia dekat nak sama dengan Wira 1.3 tahun 2003 aku yg harga dia skrg, lebih sikit je dr Honda EX5 baru…

  1. versi melaysia mesti x best

    • perdanaburuk on 08/02/2012 at 4:46 PM
    • Reply

    Betul tu bro buang sana sini jd low spec pastu jual pd tanda harga high spec. Mcm gua hanya mampu nengok je la….

  2. gua setuju dgn En Sepat…pastu kompom la mahal nak mampus…camne gua nak beli ni…byr kancil bulan2 pun kdg2 miss…hahahaha

    • perdanaburuk on 09/02/2012 at 10:13 AM
    • Reply

    BNM sudah mula mengetatkan syarat permohonan segala pembiayaan bermula awal thn ini dsbbkn ramai rakyat m’sia yg jd muflis & bankrap. Kesannya sudah mula dirasai pembuat industri automotif tempatan. Jualan kenderaan untuk januari 2012 telah jatuh merosot beberapa peratus. Kita nantikan tindakan seterusnya oleh pembuat kereta tempatan dsbbkn oleh syarat baru ini…..

  3. orang sekarang suka aksesori dan gajet. cuba tak jumlah gajet kete korea tawarkan memang value for money. tapi saya percaya kekuatan kereta pada ketahanannya . design memang buat cinta pandang pertama tapi kalau 5-6 tahun dah rasa nak tercabut suis. sakit gak kepala.. Orang semakin pilih jenama korea sebab kete murah tapi feature banyak.. dan ramai org giler K pop sekarang.

    • belalang_kontot on 09/02/2012 at 7:39 PM
    • Reply

    gambar ke 4 terbaik…
    mcm persona plak gua tgk…

    • megatputrakuning12 on 10/02/2012 at 1:45 PM
    • Reply

    gua dh meleleh air liur…tgk accord ni….tp mcm goku hensen bgtau design korea skrg dh xmcm dulu…positifnyer pihak proton patut amik teladan cmne kia n hyundai top seller kt u.s?cuma korea brand ni kat msia pun dh ada peminat tersendiri…cume…gua sdri seriau nk pakai lo….

    • wirawan on 12/02/2012 at 2:13 PM
    • Reply

    sapa2 nak booking kete honda, jgn segan silu intercom gua.. hehehe

    1. @Goku Handsome.
      Gua ada baca komen-komen lu sebelum ni. Gua nampak bacaan lu dalam bidang automotif agak luas. Sekutu lain pun sama, ada yang komen dengan bernas.

      Apa pun mengikut apa yang gua tahu, Honda ni tak kisah pun nak jadi no satu ke dua ke diaorang tak ambil pot. Yang diaorang tahu ialah nak mencabar keupayaan diri sendiri untuk buat yang lebih baik. Pengsan.

  4. apa pun model yg keluar.. tetap harga kereta lawa2 ni diluar mampu milik.. gua harap dgn menggunung satu hari nanti harga sebiji ekod ialah pada harga ekzora bold manakala ekzora bold harga sebiji viva low spec brand new.. time tu harga minyak mahal takpe sebab kereta sedap dipandu kehkehkeh

    • megatputrakuning12 on 16/02/2012 at 11:57 AM
    • Reply

    sepat:..hehehehe otak lu mmg gler…..

  5. Sepat : biler agaknyer tu?…lepas PRU13 kot?

    • epul si lesen p on 30/03/2012 at 11:56 AM
    • Reply

    aku nak batal booking yamaha LC…nk ambik kete ni…hahaha

Leave a Reply to AltejaCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.