Harga Petrol RON97 Turun 10 Sen Seliter

Berita baik untuk pengguna minyak RON97, selepas beberapa siri kenaikan harga, kerajaan pada semalam mengumumkan harga bahan api tersebut turun 10 sen bermula hari ini.

Menurut laporan, petrol RON97 dijual mengikut harga pasaran dunia dan dengan penurunan itu harganya adalah sebanyak RM2.80 seliter.

Walaupun nilai penurunan tersebut tidak seberapa namun ianya sudah mampu membuatkan pemilik Mitsubishi Evolution, Subaru Impreza, Nissan Skyline mahu pun Proton R3 Satria Neo tersenyum.

Bukan sahaja kereta berprestasi tinggi, malah Honda Cub C70 saya turut menggunakan petrol RON97. Nikmat menggunakan petrol RON97 memang menggamit perasaan dan nostalgia sebelum kerajaan mengatakan petrol RON95 tidak apa-apa untuk kenderaan rakyat, selepas lama rakyat menikmati petrol gred tinggi. Apa pun harus ada gerakan untuk mengingati petrol RON97 supaya generasi muda tidak lupa mereka yang lebih senior, mewah menggunakan petrol tersebut sebelum ini.

@muhd_gt

Muhammad

9 Comments

  1. gua still pakai ron95.. gua dah buang jauh2 kenangan ron97 ..ikut hati pakai 97 mau rabak tiap2 bulan

  2. pki r95 lg bgus..myk r95 lbh mahal dr r97 bila tanpa subsidi..’pasti’ berkualiti..

  3. baik gua pakai minyak dagu…lalu je kete depan awek2 kilang, grenti sume berlari berkejaran nk naik kete sesama..kakakakaka

  4. ade sesape leh beri penjelasan kat gua tak kenapa ron97 esso dan bhp bewarna merah?
    setahu gua ron92 kaler merah.
    gua keje esso bertahun2 kot mase cuti sem blaja dulu.
    sepanjang tu tak penah gua tgk ron97 warna merah.
    gua dah guna deria bau peringkat ke 8 gua (ron92 memang ade satu bau yg unik yg gua tak tau cane nak terangkan) dan mendapati bau ron97 kaler merah esso/bhp sekarang sama dengan bau ron92 merah…
    ade sesape leh bagi penjelasan?

  5. sepat:gua layan gak bau petrol ni…gua memiliki hidung yg sensitip…maklumla…lame gak keje kat stesen minyak dulu…hari2 memang tu je mende yg gua sedut bau…

  6. Masa pi Penang minggu sudah, gua ada jumpa Bentley tapi tuang RON95..gua nak gelak bimbang owner dia berkecil hati pula

  7. Terus terang, aku jarang jumpa orang tuang Ron97 kalo aku gi stesen utk isi minyak sekalipun kereta tahap mewah i.e. BMW & Merc. Aku yakin, kebanyakan org pikir “kos pada masa itu” bukan future maintenance ke apa… aku pun gitu… I am thinking of current cost, not performance or future maintenance of the vehicles….

Kata Anda//