Harga Minyak Julai 2016: Naik 5 Sen Untuk Kesemua RON dan Diesel

Kepada mereka yang ingin pulang ke kampung dan bercuti sempena Aidilfitri ini, kos bahan api kenderaan anda akan sedikit terjejas susulan harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel naik sebanyak lima sen bermula 1 Julai 2016.

Harga baharu minyak adalah seperti berikut:

RON 95/l: RM1.75 (naik dari RM1.70)

RON 97/l: RM2.10 (naik dari RM2.05 – Termasuk 6% CBP)

Diesel/l: RM1.60 (naik dari RM1.55)

Diesel Euro 5/l: RM1.70 (naik dari RM1.65)

Peningkatan harga bahan api tanpa subsidi ini adalah yang pertama sejak April 2016.

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.