Go Auto Melancarkan HAVAL H2 – SUV 1.5l Turbo Berharga Dari RM 89,950

image

Pasaran SUV tempatan semakin meriah apabila Go Auto, pengedar tunggal jenama Haval melancarkan SUV H2. Susulan sambutan menggalakkan model M4 (1.5L) yang dilancarkan pada tahun lepas, ini merupakan masa yang sesuai untuk memperkenalkan SUV yang lebih premium dan berkuasa bagi meraih pasaran yang lebih besar di dalam segmen itu.

image

Sementara M4 disasarkan kepada golongan profesional muda, H2 pula disasarkan untuk pelanggan yang lebih berusia iaitu mereka yang berumur 30an dan ke atas.

Untuk rekod, M4 telah mendapat sambutan dengan tempahan melebihi 1600 unit tahun lepas. Angka itu dikira positif memandangkan Go Auto adalah syarikat baharu di pasaran.

image

Pengenalan Haval H2 pula untuk membesarkan lagi pasaran jenama itu dan Go Auto optimis kedua-dua model dapat mencapai lebih dari 6,000 tempahan untuk tahun ini.

H2 ditawarkan pada harga bermula dari RM89,950 untuk model 1.5T 2WD. SUV itu didatangkan dengan pelbagai ciri menarik seperti transmisi enam kelajuan automatik, bumbung suria, kerusi pemandu enam larasan elektrik, kerusi kulit, paparan digital 3.5 inci, stereng pelbagai fungsi, unit infotainmen dengan skrin sesentuh dan penyaman udara automatik dua zon.

image

Menjana kuasanya ialah unit enjin 1.5L Turbo berkuasa 147hp pada 5600 rpm dan 210Nm tork di antara 2200 rpm hingga 4500 rpm. Dari segi keselamatan pula, H2 dilengkapi enam beg udara, ESP, ABS, Electronic Parking Brake dan menariknya sistem pengesan titik buta pada bahagian kiri depan kenderaan. SUV itu turut dilengkapi DRL, TPMS dan cermin pandu belakang anti silau.

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.