GO AUTO LANCAR MINYAK PELINCIR SINTETIK – KHUSUS UNTUK KENDERAAN HAVAL

Go Auto Fully Synthetic SAE 5W-40 SN

Go Auto, pengedar eksklusif kenderaan Haval di Malaysia mengorak langkah agresif menerusi pengenalan minyak pelincir Go Auto Fully Synthetic SAE 5W-40 SN yang dirumus khas dengan teknologi hijau dan boleh mencapai perbatuan sejauh 15,000km.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Pengarah Eksekutif Go Auto, Wan Ahmad Wan Omar bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Go Auto, Ahmad Azam Dato’ Sulaiman. Turut hadir pada majlis itu ialah Pegawai Bahagian Kejuruteraan Automotif, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Mahamad Rashid Ibrahim dan Pengarah Eksekutif Go Auto, Dato’ SM Azli Tan Sri SM Nasimuddin Kamil.

Dalam usaha memberikan yang terbaik kepada pemilik Haval, minyak pelincir Go Auto Fully Synthetic SAE 5W-40 SN ini juga sesuai bagi semua jenis kenderaan petrol di mana ianya dirumuskan khas menggunakan formula dan teknologi Repsol yang menawarkan had perbatuan lebih tinggi.

Go Auto Fully Synthetic SAE 5W-40 SN

Minyak pelincir sintetik penuh ini juga mampu mengurangkan geseran yang membuatkan enjin lebih senyap, memberikan lebih perlindungan terhadap enjin dan menawarkan prestasi berkuasa serta menjimatkan pengunaan petrol.

Lebih menarik, penghasilan minyak pelincir ini menggunakan Teknologi Hijau di mana ianya tidak merbahaya dan dapat mengurangkan pelepasan karbon monoksida ke atas alam sekitar.

“Minyak pelincir Go Auto Fully Synthetic SAE 5W-40 SN sudahpun berada di semua pusat servis Haval Malaysia dan dijual pada harga runcit RM 258.00 sebotol. Go Auto turut membuka peluang kepada semua pengedar yang berminat untuk memasarkan jenama ini dengan menghubungi talian 018- 4649 210.

“Bukan saja mampu memberikan perlindungan ke atas enjin, minyak pelincir ini turut menawarkan perbatuan sehingga 15,000km atau 6 bulan (mana-mana tiba dahulu).

“Dihasilkan berasaskan teknologi hijau, pengenalan minyak pelincir ini mampu memelihara alam sekitar dengan meminimumkan kesan negatif daripada kekerapan menukar dan membuang minyak pelincir.

“Kami yakin pengenalan minyak pelincir baharu ini dapat memberikan perjalanan lebih selesa kepada semua pemilik kenderaan,” kata Azam.

Go Auto Fully Synthetic SAE 5W-40 SN

Pada majlis yang sama, Go Auto turut melancarkan kelab pemilik kenderaan Haval di Malaysia iaitu Haval Club bagi meraikan semua pemilik-pemilik jenama itu.

Di bawah Haval Club, semua pemilik kenderaan Haval akan digabungkan di bawah satu bumbung yang di naungi oleh Go Auto.

“Tahun ini saja kami sudah mengaturkan beberapa aktiviti untuk ahli kelab. Antaranya Treasure Hunt, Food for Homeless dan beberapa aktiviti lain yang akan di umumkan kelak,” kata Azam lagi.

Minggu lalu, Go Auto mengadakan program skil pemanduan teknikal di antara Haval Club dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Litar Sukan Bermotor Antarabangsa Melaka (MIMC), di Ayer Keroh, Melaka.

Program skil pemanduan teknikal bersama JPJ itu adalah salah satu program bersama Haval Club dan juga antara tanggungjawab sosial korporat (CSR) Go Auto.

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.