Geely GC9 Terpilih Sebagai Kenderaan Diplomatik China

Geely Auto (Geely) mengumumkan bahawa Biro Perkhidmatan Kementerian Luar Negeri China akan terus menggunakan model sedan daripada Geely, Geely GC9 sebagai kenderaan rasmi diplomatiknya.

Sebanyak 50 unit Geely GC9 baharu diserahkan kepada Biro Perkhidmatan Diplomatik Beijing pada satu majlis penyerahan, yang mana kereta tersebut akan digunakan sebagai sebahagian daripada kenderaan rasmi diplomatik di China.

Kereta-kereta tersebut turut akan digunakan ketika kunjungan rasmi dan untuk menjemput tetamu negara, diplomat, dan tetamu kenamaan ke China.

Majlis telah dihadiri oleh Biro Perkhidmatan Diplomatik Beijing, Ketua Pengarah Yuan Weimin serta Presiden Geely Holding Group, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Geely Auto, An Conghui sebagai wakil organisasi masing-masing.

Duta Besar Uruguay ke China, Duta Estonia ke China, dan wakil-wakil kedutaan yang lain yang akan menggunakan sedan Geely GC9 baharu tersebut turut hadir di majlis penyerahan itu.

Sejak 2012, kerajaan China telah membuat beberapa siri pembaharuan bagi polisi kereta rasmi dan mempromosikan secara aktif penggunaan jenama China untuk kegunaan rasmi.

Dengan pembaharuan ini, Geely GC9 telah dipilih oleh Biro Perkhidmatan Diplomatik Kementerian Luar Negeri untuk digunakan sebagai sebahagian daripada kenderaan rasmi diplomatik mereka di China.

Pada 20 Mac 2015, 20 kenderaan diplomatik rasmi Geely GC9 yang pertama telah diserahkan, menandakan pencapaian utama bagi promosi jenama automotif China.

Model GC9 milik Geely telah menjadi peneraju jualan di kalangan jenama China dalam pasaran segmen sedan yang besar, mendapat kepercayaan dan sokongan lebih daripada 110,000 pemilik sejak memasuki pasaran dua tahun lalu.

Sebahagian daripada kejayaan model ini adalah disebabkan statusnya sebagai kenderaan rasmi diplomatik kebangsaan serta pakejnya yang menjadi pilihan utama.

Geely GC9 telah menjadi tanda aras bagi jenama China dalam segmen D, sering mendahului pesaing antarabangsa dari segi jualan.

Model ini juga telah dipilih sebagai kereta rasmi untuk pelbagai acara antarabangsa yang diadakan di China seperti G20 Hangzhou yang diadakan pada September 2017 dan telah membantu mengubah persepsi “Buatan China”.

Geely GC9 adalah sedan keluaran pertama dalam barisan produk generasi 3.0 mereka. Keseluruhan reka bentuknya menggabungkan estetika global dengan elemen-elemen budaya dan sejarah China yang menjadikan kenderaan itu elegan dan dinamik.

Geely GC9 dilengkapi dengan sistem pintar premium, keselamatan, dan sistem hiburan yang memberikan pengalaman pemanduan yang mengasyikkan, sambil memberikan ketenangan fikiran dengan pelbagai ciri keselamatan aktif dan pasif.

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.