Ganjaran Toyota Vios Sempena TGR Racing Festival Hujung Minggu Ini

Toyota GAZOO Racing (TGR) Racing Festival yang akan berlangsung hujung minggu ini di Malaysian Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) tidak hanya menjanjikan sebuah acara menarik penuh aksi bagi penggemar sukan perlumbaan tetapi turut menjadi sebuah acara yang sangat berbaloi dikunjungi dengan pelbagai hadiah untuk dimenangi, termasuk sebuah Vios Sports Edition bagi pengunjung yang bertuah.

Untuk layak memenangi kereta berkenaan, mereka perlu hadir ke TGR Racing Festival, mengisi borang dan jawab beberapa soalan mudah. Borang dengan jawapan yang betul akan layak untuk berpeluang membawa balik Vios Sports Edition yang diberi penggayaan sama seperti jentera lumba Vios Challenge.

Hujung minggu ini akan sarat dengan aksi perlumbaan kereta, pertunjukkan drift, permainan pentas dan banyak lagi aktiviti untuk seisi keluarga.

Peminat makanan juga akan disajikan dengan pelbagai makanan tempatan dan antarabangsa dari sejumlah food truck yang akan berjualan di lokasi dari kopi ke coconut shake, nasi kukus hinggalah kepada nasi goreng kimchi.

Kemuncak acara hujung minggu ini tentunya perlumbaan Vios Challenge, terutama bagi kategori Super Sporting, di mana kebanyakan daripada pemandu perlumbaan profesional di Malaysia akan berentap merebut kejuaraan sulungnya.

Di MAEPS, mereka akan mencabar takhta yang disandang oleh Raja Drift Malaysia, Tengku Djan dan memastikan agar beliau tidak akan menyapu bersih semua pusingan seperti yang dilakukannya pada perlumbaan pembukaan Ogos lalu di Batu Kawan.

Litar yang lebih lebar, laluan lurus yang lebih panjang serta perubahan permukaan, litar hujung minggu ini berkemungkinan memberi kelebihan kepada pencabar berani, Mark Darwin dari pasukan Dreamchaser dan juga William Ho, dua pelumba yang dahagakan kejuaraan dan mengikut rapat untuk menafikan Tengku Djan daripada terus menggungguli di depan.

Turut serta menggalas cabaran ialah pelumba veteran Keifli Othman yang tidak sempat beraksi di Batu Kawan sebelum ini.

Beliau tampak bersungguh untuk memberikan saingan terhebat kepada pelumba lain dan akan memanfaatkan gaya pemanduan agresifnya di dalam dua perlumbaan yang bakal berlangsung hujung minggu ini.

Toyota Vios Challenge

Satu lagi perlumbaan yang ditunggu-tunggu ialah kategori Promotional di mana pelumba selebriti seperti Fattah Amin, Shukri Yahaya, Danny Koo, dan Shawn Lee akan bersaing untuk muncul juara.

Shawn menggungguli kedua-dua perlumbaan di Batu Kawan, namun Shukri Yahaya dan selebriti lain berazam untuk meningkatkan prestasi masing-masing bagi perlumbaan di MAEPS nanti.

Saksikan juga pertunjukkan drift serta kemahiran memandu yang tinggi oleh juara dunia dari Jepun, Masato Kawabata dan Hideyuki Fujino. Pasangan ini akan membuat penampilan dengan tajaan Toyo Tires, akan mempersembahkan aksi drift selama 30 minit setiap hari, dengan memandu jentera drift mereka, Toyota 86.

Promosi Toyota RM1 Juta Bonanza yang menawarkan sehingga RM1 juta yang masih lagi berlangsung bagi mereka yang membeli kenderaan baru Toyota sebelum akhir tahun ini.

TGR Racing Festival menjadi peluang terbaik untuk mendapatkan model kenderaan Toyota idaman anda kerana selain pemeran, sesi pandu uji bagi hampir semua model-model terbaru Toyota turut diadakan. Turut dipamerkan ialah SUV kompak hangat Toyota C-HR.

Di festival ini juga pengunjung berpeluang untuk merasai kehebatan Toyota Hilux dalam laluan berhalangan yang disediakan khas. Alami sendiri cengkaman menakjubkan dari sistem 4×4 termaju dalam kelasnya di atas binaan ramp besi.

Masuk adalah percuma dan aktiviti akan bermula dari jam 10 pagi hingga 8 malam.

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.