Ganjaran Membaca daripada MPH Bookstores

Siapa sangka dengan membelanjakan RM50 untuk membeli buku boleh memenangi sebuah Suzuki Grand Vitara? Dengan tidak disangka, Encik Lee Hor San berjaya memenangi hadiah tersebut.

Encik Lee memenangi hadiah utama peraduan Read & Reap dengan entri kemenangannya bertajuk “The Lord of the Fly – An Autobiography”. Peraduan Read & Reap dianjurkan oleh MPH Bookstores pada tahun lepas sempena ulang tahun ke 105.

Sejak bulan Mac tahun lepas, pelanggan yang membeli buku dengan jumlah minimum RM50 di kedai buku MPH atau laman webnya layak untuk menyertai peraduan tersebut. Peserta diminta mengira jumlah buku di dalam gambar yang diberi dan kemudian mencadangkan tajuk buku yang kreatif serta sinopsis ringkas.

Setiap bulan, pemenang akan dipilih untuk menyertai pusingan akhir dan dinilai oleh hakim-hakim daripada MPH Bookstores, Suzuki Malaysia, Samsung Malaysia dan Editor dari akhbar harian. 10 penyertaan peringkat akhir disiarkan di dalam laman web MPH dan terbuka untuk undian awam. Dengan gabungan markah daripada panel hakim maka Encik Lee telah terpilih untuk memenangi hadiah utama.

Hadiah-hadiah peraduan Read & Reap ditaja oleh Suzuki Malaysia (Suzuki Grand Vitara), Samsung Malaysia (Samsung Wave S8500) dan i-River.

Muhammad

Kata Anda//