Gambar Risikan: Sebuah Sedan Mirip Honda Civic 2016?

Honda jarang gagal di dalam menghidangkan sesuatu yang menarik kepada konsumer. Cakap-cakap yang sering kita dengar ialah model baharu seperti Civic terasa baru sahaja dilancarkan namun sudah ada model pengganti. Senario itu sebenarnya biasa sahaja memandangkan Civic adalah model global dan mengambil masa 12 hingga 18 bulan selepas pelancaran perdana sebelum dijual di pasaran Malaysia. Mengikut amalan industri, kitaran suatu model global ialah di antara lima hingga enam tahun sebelum model baharu sepenuhnya diperkenalkan.

Kini heboh di alam maya ialah beberapa foto yang dikatakan mirip Honda Civic 2016. Kereta yang dirakamkan di Ann Arbor, Michigan itu  mempunyai beberapa identiti gayaan Honda seperti sayap jeriji, lampu belakang boomerang dan reka bentuk roda aloi yang menguatkan lagi dakwaan model itu ialah Civic 2016.

Lebih menarik, lokasi rakaman iaitu Ann Arbor merupakan lokasi beberapa pejabat penerbitan automotif dan kebiasaannya reviu mengenai model baharu akan diterbitkan serentak atau tidak lama selepas majlis pelancaran seterusnya mengiyakan lagi fakta mengenai foto yang tersebar itu.

Menurut Honda, Civic 2016 menerima perubahan terbesar sepanjang 43 tahun sejarahnya dan reka bentuk sebenar akan diketahui secara umum semasa pelancaran model ikonik itu pada majlis dalam talian Honda di Los Angeles pada 16 September 2015.

Pembaca yang merasakan seperti baru semalam Honda melancarkan Civic Generasi Ke-9 sila sebut; saya! dan angkat tangan!

@muhd_gt

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.