Galeri: Ujian Litar Pertama Proton Suprima S R3

Proton Suprima S R3 2014.04

Proton R3 pada kelmarin melakukan ujian litar dan penampilan pertama Suprima S R3 untuk musim perlumbaan 2014. Kereta lumba paling baharu dari R3 itu menggunakan enjin Campro CPS yang diubahsuai secara ekstensif. Pada bahagian luaran, Suprima S menggunakan roda aloi ringan 15″ R3, kit badan yang terdiri dari lips depan dan skirt sisi sama seperti Proton Suprima S Super Touring yang dilancarkan bulan lepas dan Proton Preve Limited Edition (LE).

Cabaran Pasukan Proton R3 untuk musim 2014 bakal digalas oleh James Veerapen dan Tengku Djan sendiri yang khabarnya akan memberi lebih fokus pada perlumbaan litar dan rali berbanding perlumbaan drift pada tahun ini.

 

Muhammad

Kata Anda//