Galeri: Lexus LFA di PWTC, Kuala Lumpur

Lexus LFA 2013.02

Lexus LFA, kereta dengan kejuruteraan agung daripada pakar-pakar Toyota dan Lexus dengan tempoh 10 tahun untuk disiapkan.

LFA dibina menggunakan teknologi gentian kaca termaju, kereta pacuan roda belakang ini dikuasakan oleh enjin 4.8 liter V10 aspirasi normal berkuasa 552bhp yang dipadankan dengan transmisi enam kelajuan sequential automatik, kelajuan total LFA ialah 320 km/j.

Dengan matlamat mempunyai berat seminimum mungkin, LFA yang pada asalnya dirancang untuk dibina menggunakan aluminium pada bahagian casis dan badan kereta telah dibatalkan dan digantikan dengan Carbon Fibre Reinforced Plastic [CFRP]. Bagi mencapai matlamat itu, Lexus menggunakan teknologi warisan Toyota iaitu teknologi tenunan bagi menghasilkan gumpalan gentian kaca untuk membina LFA.

Harus tahu, Toyota sebenarnya bermula sebagai syarikat yang menghasilkan mesin tenunan sebelum menghasilkan kereta.

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.