Galeri Gambar Toyota C-HR

toyota-c-hr-2016-01

Toyota C-HR, telah dilancarkan di Jepun pada 14 Disember lepas dan di pasaran antarabangsa lain seperti Eropah, Asia dan Amerika pada awal Januari 2017. C-HR dibina menggunakan platform Toyota New Global Architecture (TNGA) dan menggunakan platform yang sama dengan Prius generasi keempat.

Ia telah diuji di pelbagai negara dan bentuk permukaan jalan. Ujian suspensi misalnya dibuat di jalan raya awam Eropah bagi mendapat talaan yang baik. Prestasi pemanduan pula dibentuk berdasarkan tiga konsep iaitu Response, Linearity dan Consistency.

Sekali pandang, sukar untuk menafikan rekabentuk C-HR yang agresif. Sememangnya SUV kompak ini dibina dengan tumpuan khusus pada rekabentuk yang diberi nama Sensual Speed-Cross.

Sensual merujuk kepada perincian yang menarik perhatian, Speed merujuk kepada modulasi (boleh ubah), langsing dengan badan dan kabin yang anggun. Cross pula bermaksud suspensi yang berkuasa untuk SUV.

BACA: Toyota C-HR: SUV Kompak Dengan Rekabentuk Coupé

toyota-c-hr-2016-02

Gaya bahasa C-HR menggunakan tema struktur sebentuk berlian. Bentuk tiga dimensi berlian diterjemahkan melalui rekaan badan yang berbentuk-bentuk dan kontra di antara permukaan lain. Paling menyerlah ialah arca roda yang mengembang dan menarik perhatian.

Untuk pasaran Jepun, Toyota C-HR ditawarkan dengan enjin 1.2 Turbo dan 1.8 Hybrid sama seperti model Prius. Berdasarkan maklumat yang diberikan Toyota, versi 1.2 Turbo boleh bergerak sejauh 15.4km dengan seliter petrol manakala model hibrid pula sejauh 30.2km per liter.

Pengeluaran emisi kedua-dua model juga 75% lebih rendah berbanding Piawaian Emisi Ekzos 2005 di Jepun dan melayakkan SUV ini menerima pelepasan cukai seterusnya menjadikannya sebagai kenderaan mesra alam.

Di pasaran Jepun, harga varian 1.2 Turbo 4WD bermula dari RM96,593.14 manakala varian 1.8 2WD Hybrid pula dari RM101,532.29.

Berikut ialah 14 keping gambar Toyota C-HR, singkatan kepada Coupé High Rider.

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.