Fiat Doblo Cargo: Van Antarabangsa 2011

Fiat Doblo Cargo.01

Sekutu rasa pelik tengok Fiat Doblo Cargo ni? Tapi tidak bagi 24 juri yang menganugerahkannya sebagai Van Antarabangsa Tahun 2011 pada Selasa lepas di Hanover, Jerman. Van ini mencapai 128 daripada 168 mata keseluruhan di mana para juri kagum dengan jumlah varian badan dan enjin yang lebih banyak berbanding van lain, kualiti pemanduan dan tahap keselesaan yang tinggi.

Fiat Doblo Cargo.02

Doblo ditawarkan dengan empat pilihan enjin sama ada spesifikasi Euro 4 atau 5 dan tujuh jenis badan iaitu Cargo, Cargo Maxi, Cargo SX, Cargo Maxi SX, Combi, Combi Maxi dan Platform Cab. Varian enjin pula ialah 1.4 liter 16V 95bhp petrol dan tiga MultiJet 16V diesel iaitu 1.3 [90bhp], 1.6 [105bhp] dan 2.0 [135bhp]. Harga bermula dari GBP 11,305.

Untuk pengetahuan sekutu inilah yang dinamakan skala ekonomi. Satu casis macam-macam boleh buat.

Sumber: Newspress

-Mak Uia-

Muhammad

9 Comments

Kata Anda//