Aug 01

Fiat 500 Limited Edition

Fiat 500 BlackJack.001

Saya rasa sekarang ini musim kereta edisi terhad sedunia, dalam 2,3 minggu ini tidak silap saya ada beberapa entri pasal kereta model khas. Jika sekutu ingat sebelum ini Matpon buat entri mengenai Fiat 500 Pink, kali ini Fiat mengeluarkan sebuah lagi edisi terhad iaitu 500 BlackJack.

Seperti 500 Pink, model ini juga hanya boleh dibeli melalui laman web Fiat UK. Ciri-ciri istimewa pada model BlackJack ini ialah:

  • Cat matt black
  • Pemegang pintu, cermin sisi dan pemegang plat warna metalik
  • Rim 16 inci warna matt black dengan garisan merah
  • Calliper brek warna merah [model 1.4]
  • Karpet istimewa

BlackJack boleh diperolehi dengan 2 model iaitu 1.2 dan 1.4 Sport dan didatangkan standard dengan Start&Stop yang menghentikan enjin apabila kereta berhenti dan hidup kembali apabila pemandu hendak bergerak.

Harganya ialah GBP12,165 [1.2] dan 13.565 [1.4]

Sumber & Foto: Newspress

-Mak Uia-

ps: Cool kan BlackJack ni!

Silakan kongsi:

10 comments

Skip to comment form

    • pelug on August 1, 2010 at 9:43 am
    • Reply

    lawa betul..kalau masuk malaysia ni memang best la….harga pon bleh tahan

    • azwan nbs on August 1, 2010 at 11:08 am
    • Reply

    mahal tak…???

  1. Function Start n stop tak leh pakai kalau kat Malaysia nie, kene jem teruk mase tengah hari terik, mau bau ketiak je dalam kete tu…

  2. Mak…nak tanya skit…ade kwn2 gua ckp betui ke kaler Matt Black ni takleh pkai kat kete kite di Mesia ni?…kalo brader2 JKR jumpe kompom dorg dgn senang ati bagi kite surat cinta…harap maklum..

  3. JKR? huhu gua ingat nanti dia turap lu punya kereta laaa khekehkehke

  4. owner kereta ni sure kaki casino heh!

  5. sepat…takan nak tulih terang-terangan…kang tak pasei2 kena banned plak

  6. jgn takut.. plat no lu diorang tak nampak.. tapi veyron mat gua tau ..bukan ada roadtax insurance tu… x larat bayo katanye

  7. hi sepat makan kerang jom gua tak belanja

    jap cari kunci Veyron

    • 6posen on August 3, 2010 at 10:41 am
    • Reply

    caparzo, nape ko x tulis PBSM jek….kuikuikui

Leave a Reply

Your email address will not be published.