Ferrari SA APERTA: Hanya 80 Unit dan Dah Habis!

Ferrari SA APERTA.03

Bila pembuat kereta eksotik macam Ferrari buat edisi terhad memang cepat kena sapu. Terbaru model SA APERTA yang akan dipamerkan pada Pameran Kereta Paris 2010 kesemuanya sudah habis terjual. 80 unit sahaja ditawarkan sempena ulang tahun ke 80 Pininfarina manakala nama SA juga merujuk kepada keluarga Pininfarina iaitu Sergio dan Andrea yang banyak mereka bentuk kereta jenama kuda berjingkrak ini. Enjin yang digunakan ialah 670 CV V12 yang dimuatkan pada bahagian depan kereta dengan casis yang direka semula untuk mengekalkan kekukuhan sama seperti model 599 biasa.

Harga tidak dinyatakan tetapi kebiasaannya pembeli tidak akan rugi sebab kereta ‘rare’ macam ini sentiasa ada harga.

Sumber: Newspress

-Mak Uia-


Muhammad

12 Comments

  1. Sepat:
    wah..dah letgo DVVT lu itu ke??

    CaparZo:
    kena capai status Marque dulu..baru boleh dapat..kehkehkeh

Kata Anda//