F1: Rosberg ‘Sengsara’ Dengan Kereta Baru Merc?

756090_1377408_3780_2615__S7C9551

Kita semua tahu sebelum semakan kereta baru Mercedes GP Petronas, Nico Rosberg beraksi dengan cemerlang dan dalam masa yang sama Michael Schumacher tidak selesa dengan kereta tersebut. Kereta baru Mercedes GP kini lebih panjang dan ditala mengikut kehendak Schumi. Perkara ini diakui oleh JJ Lehto, rakan sepasukan Schumi dalam tim Benetton pada tahun 1994.

“Kesian Nico,” kata Lehto kepada majalah Auto Bild Motorsport, Jerman. “Michael kembali membina kereta dan seluruh pasukan mengikut beliau. Nico menanggung akibatnya.

Walaubagaimanapun Mercedes dan Rosberg menafikan hal tersebut dan mengatakan semakan tersebut dibuat mengikut kesesuaian kedua pemandu, tetapi Lehto menyangkalnya.

“Schumacher sukakan bahagian depan yang ‘direct’ dan belakang yang ‘loose’. Semasa di Benetton, Riccardo Patrese, Jos Verstappen dan saya semuanya mempunyai masalah”.

Lehto juga meragui dakwaan Rosberg yang dia dan Schumi mempunyai cara pemanduan yang sama.

“Pemandu muda hari ini memandu dengan sangat berbeza. Saya akan terkejut jika Nico berpuas hati dengan kereta yang Michael turut berpuas hati,” tambah beliau.

Dan kita sebagai peminat hanya boleh menunggu, hujung minggu ini di GP Turki, siapa yang ‘titik’ siapa.

Foto: Mercedes

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

8 comments

Skip to comment form

    • pendita_gila on May 27, 2010 at 8:03 am
    • Reply

    ni kes ikot sangat cakap org lame la ni

    • carragher27 on May 27, 2010 at 8:16 am
    • Reply

    kalau tak boleh nak beat Nico jugak gua taktau nak cakap apa..

    • h369 on May 27, 2010 at 8:26 am
    • Reply

    yealah michealkan otai jd dia rasa dia boleh buat ape2 je yg dia suke dan krew pon ikot je ape yg dia cakap, dia anggap nico budak hingusan je

    • on May 27, 2010 at 8:57 am
    • Reply

    Poyo la maikel skumaker nih…naik menyamfah aku…

  1. mikel ni sepenggal aje.. next term dia bawak gokart balik ler hehe

    • Kadir Kadiri on May 27, 2010 at 1:22 pm
    • Reply

    Maikel tu dah tua…mengada jer lebih

    • fird on May 27, 2010 at 7:19 pm
    • Reply

    biarkanla die.x lama lg jln le 2

    • Alan on May 28, 2010 at 10:50 pm
    • Reply

    rumah kata pergi kubur kata mari

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.