F1: GP Valencia 2010: RedBull Bermula Depan, Lagi.

Mercedes-GP-Valencia-2010001

Perlumbaan Formula Satu hari ini akan dimulakan dengan dominasi RedBull, Sebastian Vettel dan Mark Webber masing-masing di petak 1 dan 2. Sangat bosan. Di tempat ketiga pula ialah Lewis Hamilton dari McLaren Mercedes. Kereta Ferrari pula seakan menjadi pada pusingan kelayakan kali ini di mana Fernando Alonso dan Felipe Massa masing-masing di tempat keempat dan kelima.

Lotus Racing Valencia 2010000

Suatu yang menarik ialah Williams dengan enjin Cosworth mencatat masa kelapan dan kesembilan terpantas di depan lain-lain tim. Mercedes GP Petronas pula bergelut dengan seleksi tayar apabila Nico Rosberg hanya mencatat masa ke 12 manakala Michael Schumacher pula ke 15. Pada kelayakan ketiga Schumi terhalang dengan kereta Sebastien Buemi dan terus tercicir ke belakang.

Tim Lotus Racing pula turun dengan legasi, ini adalah perlumbaan yang ke 500 dan hari ini mereka akan bermula di hadapan tim junior lain, Jarno Truli  dengan chasis baru di tempat ke 19 diikuti oleh Heikki Kovalainen ke 20.

Foto: Daimler & Lotus Racing

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

4 comments

Skip to comment form

    • kete_hitam on June 27, 2010 at 2:08 pm
    • Reply

    dah lama x tgk f1

    • azwan nbs on June 27, 2010 at 6:39 pm
    • Reply

    alahai lotus…

    • on June 28, 2010 at 9:43 am
    • Reply

    Nape Lotus takleh sehebat Williams walaupun pkai enjin same..

  1. enjin laju,power tapi driver mls pakai otak xguna gak……….

Kata Anda//