F1: GP China 2010: RedBull Mula Grid Depan!

www.hoch-zwei.net

Nampaknya kontroversi suspensi RedBull tamat begitu sahaja, kereta mereka memang pantas dan mungkin mencatat sejarah seperti Brawn GP musim lepas. Kedua pemandu RedBull hanya bersaing sesama sendiri manakala tim lain masih lagi berdolak dalih dengan isu teknikal mereka. Bermula di grid pertama dan kedua ialah Sebastian Vettel dan Mark Webber. Webber semasa kelayakan ke 3 hampir mendapat grid pertama tapi berjaya dipintas oleh Vettel.

Nico Rosberg dari Mercedes GP Petronas memang boleh digelar sebagai Mr. Consistent, kali ini beliau akan bermula di grid keempat meninggalkan Michael Schumacher di grid kesembilan disebabkan masalah keseimbangan kereta. Tim Lotus Racing yang dipandu oleh Jarno Trulli dan Heikki Kovalainen pula masing-masing akan bermula di grid 20 dan 21 di belakang Timo Glock dari Virgin Racing.

lr_O3Q9441-604526cd

Apapun saya jangkakan perlumbaan esok menarik dengan aksi kejar mengejar seperti yang kita saksikan di Sepang baru-baru ini.

Grid GP China 2010:

  1. Sebastian Vettel/RedBull Renault
  2. Mark Webber/Redbull Renault
  3. Fernando Alonso/Ferrari
  4. Nico Rosberg/Mercedes GP Petronas
  5. Jenson Button/McLaren Mercedes
  • 9. Michael Scuhmacher/Mercedes GP Petronas
  • 20. Jarno Trulli/Lotus Racing
  • 21.Heikki Kovalainen/Lotus Racing

Foto: Daimler & Lotus Racing

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

6 comments

Skip to comment form

    • azwan nbs on 18/04/2010 at 1:46 PM
    • Reply

    gua first…..hahahahahahahahaah

    jom minum redbulllll…….!!!!

    • 5ruz on 18/04/2010 at 1:59 PM
    • Reply

    mane perginya kehebatan legenda F1…..?????

    • brianbadboyz on 18/04/2010 at 6:53 PM
    • Reply

    schumacer no sipuluh lg la..

    • pak mat tempe on 19/04/2010 at 9:13 AM
    • Reply

    masalah bkn pd driver sahaja, masalah teknikal kete pon jd 1 hal.. cuba en. sipuluh drive ferari balik, maby result akan jd len ke.. sape tu

    • on 19/04/2010 at 9:14 AM
    • Reply

    Gua tak dpt tgk sbb ari ujan…bodo punye Astro …bayar mahal2 dpt tgk skrin itam jer…

    • v00n on 21/04/2010 at 4:46 PM
    • Reply

    letak ler botol air mineral yg da dipotong kat sensor astro, grenti clear!!! hakhakhak

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.