F1: GP China 2010: McLaren 1-2!

22550846-5359101642010

Litar moden F1 lebih mencabar berbanding litar tradisional, memberi lebih peluang untuk memotong  seterusnya menjadikan perlumbaan lebih menarik dengan aksi potong memotong dan memberi input realistik kepada tim teknikal tentang keupayaan sebenar kereta mereka. Dengan kata lain samada kereta yang dibina adalah kompetitif atau sememangnya lembap. Itulah yang dapat kita lihat di litar Shanghai, McLaren yang dipandu Jenson Button menjadi juara selepas bermula di grid kelima. Lebih manis kemenangan tersebut disertai oleh rakan sepasukannya, Lewis Hamilton.

22550846-5127111642010

Di tempat ketiga adalah Nico Rosberg dari Mercedes GP Petronas yang bermula dari grid keempat. Rosberg pada babak pertama perlumbaan mengepalai pelumba lain bilamana beliau tidak berhenti untuk menukar tayar, strategi tersebut berjaya hinggalah hujan turun dan beliau berpusing dan memberi peluang kepada Button untuk memintasnya. Untuk pengetahuan sekutu ketiga-ketiga podium dimenangi oleh Mercedes dan ini menunjukkan satu perkara, Mercedes GP Petronas ketinggalan dari segi aerodinamik dan sudah terang lagi bersuluh semasa perlumbaan apabila kedua kereta Mercedes GP gagal untuk menyaingi McLaren di laluan lurus.  Jika pakej aerodinamik masih sama pada perlumbaan Eropah kelak agak sukar untuk tim tersebut menjadi juara. Michael Schumacher pula masih gagal untuk menemui rentak selepas 3 tahun ‘bersara’. Salah strategi tayar dan kelemahan beliau sendiri merupakan punca kegagalan untuk mengekang pelumba junior lain walaupun pada awalnya beliau berada di kelompok hadapan. Schumacher menamatkan perlumbaan di tempat ke’sipuluh’.

LotusRacingShanghai2010.002

Juara dan naib juara di GP Malaysia lalu iaitu Sebastian Vettel dan Mark Webber dari RedBull pula masing-masing di tempat keenam dan kelapan. Fernando Alonso dan Felipe Massa pula masing-masing di tempat keempat dan kesembilan. Selain dari itu, saya juga seronok menyaksikan Vitaly Petrov dari tim Renault. Pemandu junior tersebut memang pantas cuma mungkin jenteranya perlu ditambah baik, pada babak terakhir beliau memotong satu persatu pelumba senior termasuklah Schumacher, Massa dan Webber untuk berada di tempat ketujuh. Petrov merupakan pemandu yang perlu diperhatikan dan jika kena gaya tidak mustahil beliau akan menjadi juara dunia pada musim-musim akan datang.

LotusRacingShanghai2010.001

Tim negara, Lotus Racing pula berjaya menamatkan perlumbaan di hadapan tim F1 baru lain. Heikki Kovalainen menduduki tempat ke 14 dan malang buat Jarno Trulli apabila beliau terpaksa bersara pada pusingan 26 apabila menghadapi masalah hidraulik – masalah yang sama seperti di Sepang.

Kesimpulannya GP Shanghai adalah perlumbaan yang menyeronokkan dengan pelbagai aksi dari pemandu dan ianya sangat menarik apabila kereta dengan enjin yang sama tetapi berlainan tim dan aerodinamik bersaing. Perlumbaan di benua Eropah akan bermula lagi tiga minggu dan beberapa pasukan akan menggunakan pakej aerodinamik baru.

Keputusan F1 Chinese GP, Shanghai 2010:

  1. Jenson Button/McLaren Mercedes
  2. Lewis Hamilton/McLaren Mercedes
  3. Nico Rosberg/Mercedes GP Petronas
  4. Fernando Alonso/Ferrari
  5. Robert Kubica/Renault
  • 10. Michael Schumacher/Mercedes GP Petronas
  • 14. Heikki Kovalainen/Lotus Racing
  • DNF. Jarno Trulli/Lotus Racing – P26

Foto: Daimler & Lotus Racing

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

5 comments

Skip to comment form

    • jelapangPadi on April 19, 2010 at 8:53 am
    • Reply

    Mercedes GP Petronas dapat nombor 3 pun dah dikira terbaik jo!!..

    bila schumacher nk ‘pandai’ ni..

    • on April 19, 2010 at 9:19 am
    • Reply

    Schumacher dah karat…kena tembak ngan WD40 skit kot baru nak ok…hahaha…Idup McLaren

    • brianbadboyz on April 19, 2010 at 10:50 am
    • Reply

    hidup Mclaren!!!!! Schumacer kena badi no. sipuluh agaknya.

    • yeh on April 19, 2010 at 5:05 pm
    • Reply

    ferrari p mana ha??dlu mcm pelesit lag…taun ne dpa jatuh kt

    • Alan on April 20, 2010 at 8:47 am
    • Reply

    Schumacer x menang sebab die pakai minyak petronas

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.