F1 China 2011: Lewis Hamilton Juara, Tetapi Podium Didominasi Red Bull

F1 China 2011.02

Dua perlumbaan berturut-turut, dari Sepang ke Shanghai penonton dijamu dengan perlumbaan yang mendebarkan, saingan sengit antara pasukan-pasukan F1 dalam merebut podium. Pelumba silih berganti mengemudi perlumbaan di mana strategi hentian pit memainkan peranan penting, ada yang melakukan dua, ada yang melakukan tiga hentian pit. Sayap belakang boleh laras, KERS dan tayar yang cepat haus adalah antara pemanis perlumbaan.

Jika diambil gambar reka bentuk Litar Shanghai dan diletakkan di atas meja ianya adalah seperti tambahan kepada Litar Sepang, lebih teknikal, ada selekoh berpusing dan laluan lurus yang panjang, segala yang ada pada kereta F1 seperti teknologi, strategi dan sebagainya digunakan dengan maksimum bagi mencapai kemenangan. Orang kata baru puas hati berlumba.

F1 China 2011.01

Perlumbaan semalam dimenangi oleh Lewis Hamilton daripada McLaren Mercedes, kemenangan ini adalah kali pertama untuk McLaren dan juga pembekal enjin, Mercedes. Walaubagaimanapun kem Mercedes belum boleh bergembira sepenuhnya kerana kedua pemandu Red Bull iaitu Sebastian Vettel dan Mark Webber turut berada di atas podium, paling menakjubkan ialah Webber yang bermula dari grid ke-18 dan tamat di tempat ketiga di belakang Vettel.

F1 China 2011.03

Mercedes GP Petronas pula semakin hampir dengan podium apabila Nico Rosberg mendapat tempat keempat, Michael Schumacher walaupun tamat di tempat ke-8 namun berjaya menghadiahkan mata untuk pasukan. Di belakang beliau ialah sebuah lagi pasukan yang ada kaitan dengan negara, Vitaly Petrov dari Lotus Renault GP di tempat ke-9, rakan sepasukan iaitu Nick Heidfeld yang baru-baru ini mendapat podium tempat ketiga di Sepang pula hanya menduduki tempat ke-12.

Team Lotus pula mencatatkan keputusan yang memuaskan, mereka di hadapan pasukan dengan bajet rendah, Heikki Kovalainen di tempat ke-15 manakala Jarno Trulli di tempat ke-19.

Foto: Daimler, LRGP, Team Lotus [Kelayakan dan Perlumbaan]

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

2 comments

  1. Apsal takde sape mau komen dari pagi tadi ni?

    • kete_hitam on 18/04/2011 at 7:37 PM
    • Reply

    ngeh3x……….. dh lama gua x tgk f1…

Leave a Reply to CaparZoCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.