F1 2011: Lotus Racing Guna Warna Hitam-Emas

Lotus Racing Singapore 10.01

Nama pasukan Lotus Racing [LR] untuk Formula Satu musim 2011 masih lagi kabur dengan kontroversi Grup Lotus mengharamkan firma Tony Fernandes dari menggunakan apa-apa nama yang ada kaitan dengan Lotus. Berita terakhir ialah kedua-dua pihak sedang berbincang di belakang tabir atas nasihat Tun Dr. Mahathir. Ironinya Tun adalah penasihat Proton Holdings dan juga LR.

Drama ini semakin menarik apabila LR mengumumkan mereka akan menggunakan desain grafik baru untuk perlumbaan musim depan. Hitam – emas.

Lotus Racing Itali 2010.03

Segala-galanya baru untuk LR 2011, enjin, sistem hidraulik, transmisi dan terkini warna pun baru dan untuk info sekutu, skema tersebut adalah warna klasik Lotus tajaan syarikat rokok. Tiada lagi warna rasmi British Racing Green yang sinonim dengan Lotus dan untuk warna baru ini LR menjemput orang ramai untuk mereka dan pemenang akan diberi penghormatan untuk menyaksikan penampilan sulung semasa ujian pertama tahun depan.

LR tidak pernah sepi dari kontroversi sejak mula ditubuhkan tetapi yang pasti kini mereka bakal menjadi tim baru terbaik musim 2010. Jika sekutu perasan strategi ini adalah sinonim dengan AirAsia, penuh kontroversi dan jadi yang terbaik – cara Tony Fernandes berniaga.

Atau warna hijau-kuning akan digunakan Lotus ‘asli’ musim depan? Jika iya maknanya ada dua pasukan Lotus musim depan.

Sumber: Lotus Racing

-Mak Uia-

Muhammad

6 Comments

Kata Anda//