ETCM Perkenalkan Nissan Teana Dengan Aerokit Dan Sistem Multimedia Navigasi Binaan Dalam

Nissan Teana 2011.02

KUALA LUMPUR (8 Ogos 2011) – Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd hari ini mengumumkan bahawa Nissan Teana yang memenangi pelbagai anugerah kini dilengkapi dengan Aerokit serta Sistem Multimedia Navigasi binaan dalam untuk kedua-dua varian 2.0L dan 2.5L.

Menerusi opsyen ini, Sistem Multimedia Navigasi Teana menggunakan teknologi GPS (Global Positioning System) dan peta-peta digital yang dipaparkan di atas monitor skrin sentuh LCD beresolusi tinggi bersaiz tujuh inci yang jelas. Ia menawarkan panduan perjalanan pintar 3D yang mudah difahami, lengkap bersama gambar laluan dan persimpangan jalan yang realistik. Sistem yang disokong oleh pelbagai bahasa itu menawarkan pilihan yang ringkas dan mesra pengguna untuk mengenal pasti destinasi yang ingin dituju.

Sistem navigasi itu juga berfungsi sebagai kamera mengundur bersama fungsi pandangan pada waktu malam. Kamera Pandang Belakang dengan sudut yang luas memberikan pemandangan jelas mengenai halangan-halangan yang ada di belakang kenderaan. Ciri itu membantu pemandu untuk mengelak daripada melanggar objek-objek kecil yang berada di bawah garisan bampar.

Nissan Teana 2011.01

Sistem Multimedia Navigasi Teana turut menawarkan pemandu dan penumpang dengan rangkaian teknologi yang komprehensif bagi meningkatkan aspek kefungsian serta kesalinghubungan. Ia memiliki peralatan standard seperti Bluetooth bebas tangan yang membolehkan pengguna menyambung telefon bimbit mereka kepada sistem navigasi, selain ciri-ciri multimedia seperti muzik dan filem menerusi kad SD dan sambungan USB. Ia juga mempunyai penyambung iPod untuk disambungkan dengan peranti-peranti mudah alih Apple.

Mengulas mengenai pengenalan baru itu, Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr Ang Bon Beng berkata, “Di ETCM, kami sentiasa berusaha untuk terus meningkatkan produk-produk berdasarkan kepada maklum balas pelanggan, supaya kami boleh menawarkan produk yang setimpal dengan wang yang dibelanjakan. Justeru, kami telah membangunkan Teana dengan Sistem Multimedia Navigasi yang bukan sahaja menyempurnakan lagi kereta ini, malah meningkatkan pengalaman pemanduan pemiliknya.”

Nissan Teana 2011.03

Sejak diperkenalkan ke pasaran Malaysia, Nissan Teana telah memperoleh banyak anugerah berprestij seperti “Sedan Eksekutif Pemasangan Tempatan Terbaik” dalam anugerah Asian Auto – Auto Industry Awards 2011 baru-baru ini. Di samping ‘Indonesian Car of the Year’ oleh majalah Mobilmotor, ‘Life’s Motoring Best Buys of the Year’ daripada The Straits Times, Singapura dan banyak lagi.

Bagi pemilik Teana sedia ada, mereka boleh membeli Sistem Multimedia Navigasi pada harga istimewa iaitu RM2,500 dan RM3,000 untuk Aerokit.

Silakan kongsi:

8 comments

Skip to comment form

    • Alteja on 09/08/2011 at 8:21 AM
    • Reply

    Nissan dulu terkenal dengan harga jual semula yang merepek rendah, kini tidak lagi….

  1. Terbaek

    • smut_liar on 09/08/2011 at 6:53 PM
    • Reply

    power…..

    • pelug on 09/08/2011 at 8:34 PM
    • Reply

    safe…..

    • yuri on 09/08/2011 at 11:24 PM
    • Reply

    comfort…

    • kd on 09/04/2012 at 2:09 AM
    • Reply

    Aaron Aziz menang kete ni smlm ,nissan teana 250XV, dpt hadiah kete ni sempena ABP 2011,

    • kd on 09/04/2012 at 6:00 PM
    • Reply

    haha, lakonan die mmg mantap, mmg layak menang kereta ni, tp you all perasan x, setiap kali ABP berita harian tu penaja hadiah kete semua diorang amik kete dr Nissan, hadiah2 yg diorang bg dulu nissan x-trail, pstu nissan sylphy, nissan teana 200XL and yg trkini Nissan teana 250XV

    • kd on 10/04/2012 at 6:08 PM
    • Reply

    heran jgk, kenapa x toyota n honda, kenapa diorang pilih nissan sebagai sponsor, tp mmg kualiti nissan pon x kurang hebatnya, haha, klu nissan x de brand pasal ape nissan grand livina bersepah sgt kt atas jalan,

Leave a Reply to CaparZoCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.