ETCM PERKENALKAN NISSAN ELGRAND SERBA BAHARU

KUALA LUMPUR (20 April 2012) – Edaran Tan Chong Motor (ETCM) hari ini melancarkan model Nissan Elgrand, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) premium tujuh tempat duduk. Model baharu ini adalah diimport sepenuhnya dari Jepun. Ia disasarkan kepada golongan “niche” yang mengetengahkan gaya hidup mewah sebenar.

Unsur “Dinamik dan Kemewahan” memang terserlah dalam Elgrand serba baru ini. Elgrand mempunyai tubuh badan yang luas dan rendah demi peningkatan kestabilannya. Manakala, garisan dinamik yang bermula dari bahagian hadapan sampai ke sisi belakang badan Elgrand pula menonjolkan profil kemegahannya.

Penumpang hadapan dan tengah dapat menikmati keselesaan yang tiada bandingannya menerusi “signature” Elgrand iaitu, tempat duduk jenis “Captain Seat”. Tempat duduk berasingan itu menggabungkan tiga teknologi terbaru: “Seat Cushion-Integrated Leg Rest”, “Articulated Seatback” dan “Three-Layered Cushion Pads”. Nissan merupakan satu-satunya pengeluar kenderaan yang menggunakan ketiga-tiga teknologi tersebut dimana penumpang akan merasai seperti tempat duduk kapal terbang kelas pertama.

Sebagai tambahan, “Raja Minivan” itu turut memudahkan para penumpang keluar masuk kenderaan melalui pintu gelongsor automatik yang besar. Di samping itu, ciri-ciri kemewahannya yang lain juga terdiri daripada kawalan suhu automatik dua zon bagi ruang kabin hadapan dan belakang serta sistem hiburan teater tersendiri. “Around View Monitor” yang didapati dalam jentera ini membolehkan pemandu memakir atau mengendalikan kenderaan dengan mudah di ruang yang sempit.

Elgrand memiliki ciri pemanduan dan kestabilan seperti sebuah sedan. Ia dijuruterakan melalui satu “platform” yang terkini. “Platform” tersebut memberikannya titik graviti rendah supaya dapat mengawal kenderaan sepenuh dan juga pemanduan yang selesa. MPV premium itu menggunakan enjin 3.5 liter V6 yang memiliki kuasa maksima mencecah 280PS @ 6,400rpm dan tork 344Nm @ 4,400rpm.

Ia didatangkan dengan rim aloi aluminium berkilat 18 inci yang disalut krom serta ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu putih, kelabu, ungu gelap dan hitam. Bahagian dalamannya pula menampilkan “upholstery” kulit berwarna perang gelap dan dilengkapi dengan kemasan jenis panel kayu.

Elgrand ditawarkan pada harga RM384,763.20 di atas jalan tidak termasuk insurans, cukai jalan dan caj-caj pendaftaran berkaitan di Semananjung Malaysia. Ianya hadir bersama jaminan selama tiga tahun atau perbatuan 100,000 kilometer (yang mana tiba terlebih dahulu). Perkhidmatan selepas jualan ETCM menyediakan bantuan 24 jam di tepi jalan, menunda dan pembaikan kecil serta-merta di Malaysia.

Silakan kongsi:

3 comments

  1. Walaupun Elgrand ni lu orang dah boleh beli secara halal, keyakinan gua tetap berkata, lu orang masih boleh membeli Elgrand ni secara tidak halal selepas ini.

    • kd on 08/05/2012 at 1:14 PM
    • Reply

    smart, tp overprice, hehe, mampu tgk jer

    • megatputrakuning2013 on 12/09/2013 at 10:31 AM
    • Reply

    Harga g2 pakak2 beli umoh

Leave a Reply to C27Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.