ETCM Perkenalkan DVR RM1.00 Dengan Pembelian Nissan Almera Dan Promosi RM1.00 Untuk Aerokit NISMO atau Navigasi Multimedia 6.5″

nissan-dvr-2016-02

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) baru-baru ini memperkenalkan Perakam Video Pemanduan (DVR) serba baharu yang ideal dan direka bagi menawarkan versatiliti serta mudah digunakan untuk merakam perjalanan anda. Perakam Video Pemanduan serba baharu ini boleh didapati pada semua model Nissan.

Menampilkan sudut pandangan 150° dan lensa 6 lapisan, kamera ini mampu merakam video HD 1296 piksel berkualiti tinggi. Malah sensor imej dalam kondisi cahaya yang malap membolehkan pemandu merakam video dengan jelas.

Mudah untuk dioperasi, DVR juga hadir bersama ketersambungan tanpa wayar dengan telefon pintar. Ia kemudian disambung dengan peranti IOS atau Android menerusi aplikasi (TCAT DVR) yang membolehkan pemandu untuk melakukan konfigurasi, penstriman, memuat turun dan berkongsi video mereka.

nissan-dvr-2016-01

DVR ini dipasang dengan kemas pada cermin pandang belakang untuk kemudahan pemandu. Peranti ini akan dihidupkan secara automatik dan mula merakam sebaik sahaja enjin dihidupkan.

Alat pengesan graviti binaan dalam DVR mengesan perubahan pergerakan graviti, impak dan akan mengaktifkan mode rakaman jika kenderaan terlibat dalam pelanggaran, menukar arah dengan tajam atau menekan brek kecemasan. Aspek ini penting bagi melindungi rakaman yang mengandungi maklumat penting daripada terpadam.

DVR didatangkan dengan jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km, mana-mana tiba dahulu.

Kami sedar bahawa semakin ramai pemilik kenderaan mula memasang perakam video sebagai satu aksesori untuk membantu mengenal pasti sebarang insiden sepanjang perjalanan mereka, serta punca kemalangan. Kami di ETCM percaya bahawa kami mampu memenuhi keperluan tersebut dengan memperkenalkan DVR serba baharu ini yang direka berdasarkan kepada syarat OEM. Ia juga dapat memenuhi ekspektasi pelanggan berpotensi dan sedia ada kami,” kata Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk, Tan Keng Meng.

Sempena kempen akhir tahun Nissan, ETCM menawarkan pelanggan tawaran hebat DVR serba baharu atas pembelian Nissan Almera dengan penambahan RM1 sahaja (tertakluk kepada terma), selain promosi RM1.00 untuk Aerokit NISMO atau Navigasi Multimedia 6.5″ yang sedang berlangsung sekarang.

Nissan Almera NISMO 2013.01

Untuk memeriahkan kempen pada Oktober ini, ETCM sekali lagi melancarkan Kempen “Millionaire Drive”. Sepanjang Oktober, pelanggan yang membeli dan mendaftar kereta Nissan mereka berpeluang memenangi sebahagian daripada 2,000,000 AirAsia BIG Points. Pemenang Hadiah Utama, Hadiah Kedua dan Ketiga masing-masing akan membawa pulang 300,000, 200,000 serta 150,000 BIG Points yang membolehkan mereka terbang ke pelbagai destinasi dalam dan luar negara.

Pemenang Hadiah Saguhati akan menerima 50,000 BIG Points yang boleh menerbangkan mereka ke pelbagai destinasi dalam negara atau dua keping tiket ke Siem Reap, Yangon, Bangkok atau Chiang Mai.

AirAsia BIG Points sah selama tiga tahun. Penebusan mata untuk penerbangan AirAsia berdasarkan kepada jualan tiket AirAsia atau AirAsia BIG Fixed Points. Sekali gus membolehkan pelanggan menebus penerbangan percuma ke destinasi impian mereka dengan mudah.

Sepanjang tempoh promosi ini, rebat menarik dan penjimatan sehingga RM10,000 turut ditawarkan kepada model-model terpilih Nissan. Sebagai tambahan, “Promosi RM1” yang popular akan diteruskan bersama kempen bulan Oktober.

pakej-promosi-nismo-2016

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.