ETCM PERKENAL NISSAN SYLPHY 2012

KUALA LUMPUR (9 Mac 2012) – Dalam tempoh hampir empat tahun Nissan SYLPHY berada di pasaran Malaysia, ia telah memperkenalkan kepada beribu-ribu pengguna tempatan satu tahap baharu berkaitan keselesaan dan kehalusan buatan dalam segmen sedan saiz sederhana. Sebagai bukti ia merupakan pilihan paling berbaloi dalam kelasnya, model tersebut telah dipilih oleh majalah AUTOCAR ASEAN selaku penerima anugerah Overall Car of the Year tidak lama selepas ia dilancarkan di Malaysia.

Kini, bagi tahun 2012, Nissan SYLPHY melangkah setapak ke hadapan menerusi penambahbaikan yang meningkatkan lagi penampilan luarannya dan memberi lebih nilai wang kepada pelanggan. Nissan SYLPHY 2012 hadir dalam versi 2.0XL dan 2.0XV untuk memenuhi keperluan serta bajet pembeli yang berbeza.

“Nissan tidak membiarkan model-modelnya menjadi membosankan. Malah ia terus menawarkan model yang ditambahbaik bagi menjadikannya lebih segar. Kami yakin bahawa Nissan SYLPHY 2012 baharu mampu memenangi hati lebih ramai rakyat Malaysia, terutamanya golongan eksekutif muda yang mahukan sebuah sedan menarik dan berbaloi untuk dimiliki,” kata Pengarah Eksekutif Edaran Tan Chong Motor (ETCM), Dato’ Dr Ang Bon Beng.

Sungguhpun rekabentuk keseluruhan yang kemas masih dikekalkan, model itu telah dipasang dengan bampar hadapan dan belakang baharu. Gril krom dengan rekabentuk lebih garang serta lampu hadapan dan belakang yang telah diperbaharui ternyata menyempurnakan lagi gayanya. Demi memenuhi citarasa pelanggan yang berbeza, lima warna telah dipilih khas untuk menyerlahkan imej moden Nissan SYLPHY. Warna-warna itu ialah Bronze Gold (emas), Tungsten Silver (perak), Sapphire Black (hitam), Twilight Grey (kelabu) dan Brilliant White (putih).

Nissan SYLPHY 2012 dikuasakan oleh unit enjin aluminium sepenuhnya MR20DE 2.0 liter empat silinder DOHC 16 injap bersama teknologi Drive-by-Wire bagi maklum balas lebih baik. Menerusi ECCS, electronic fuel injection system dan continuously variable valve timing control (CVTC), enjin yang terbukti bagus ini menawarkan penggunaan bahan api menakjubkan dengan prestasi tidak kurang dari 133ps dan tork 191Nm.

Enjin itu dipadankan dengan transmisi Xtronic Continuously Variable Transmission (X-CVT) generasi ketiga buatan Nissan. Kombinasi itu memberikan penjimatan bahan api mengagumkan dan pecutan penuh kuasa.

Kedua-dua versi tersebut memiliki ruang dalaman berwarna hitam dipadankan dengan kemasan kayu. Ia turut hadir dengan rekabentuk meter bulat berwarna perak yang menempatkan satu paparan Multi-Information Display. Ruang kabin juga dilengkapi sistem audio baharu dengan input MP3 dan Auxiliary.

Untuk kemudahan pemandu, cermin sisinya boleh dilipat dengan hanya menekan satu butang. Sementara sistem pendingin hawa (kini dengan paparan suhu) mempunyai setting automatik untuk mengekalkan suhu yang diingini di dalam kabin. Semua penumpang juga pasti terharu dengan keselesaan yang dialami menerusi fabrik tempat duduk Masumi dan konsep tempat duduk belakang yang seperti sebuah sofa.

SYLPHY 2.0XV dipasang dengan rim aloi tujuh jejari bersaiz 16 inci, kunci pintar (i-Key), sistem start/stop dan stereng yang dibalut kulit bersama butang kawalan audio.

SYLPHY 2.0XV juga memiliki lampu utama jenis projektor bi-xenon bersama Active Front-lighting System (AFS), sekali gus menjadikannya satu-satunya kereta dalam kelasnya di Malaysia yang menawarkan ciri keselamatan sebegitu. Sistem lampu yang boleh dikawal secara manual itu menawarkan suluhan jauh dan berkuasa, selain kecerahan optimum dalam semua kondisi cuaca.

Menyentuh soal keselamatan, Nissan SYLPHY 2012 juga dilengkapi dua beg udara SRS di bahagian hadapan, tali pinggang keledar pra-regangan, ciri Active Head Restraints pada tempat duduk hadapan serta binaan kerangka Zone Body yang mempunyai zon remuk pada bahagian hadapan dan belakangnya. Sistem lampu automatik pula akan menyalakan lampu utama secara automatik apabila kondisi cahaya semakin gelap (misalnya ketika memasuki ruang parkir dalam bangunan).

Nissan SYLPHY 2012 ditawarkan pada harga di atas jalan RM114,880.00 bagi varian 2.0XL dan RM124,880.00 untuk model 2.0XV. Harga itu termasuk insurans, cukai jalan, yuran pendaftaran dan yuran tuntutan pemilikan di Semenanjung Malaysia. Untuk satu tempoh terhad, semua pembeli juga akan memperoleh satu aerokit baharu dengan setiap pembelian SYLPHY baharu.

Muhammad

16 Comments

  1. gua penah test duduk atas kerusi dia….
    keselesaan dan kehalusan konsep tempat duduk belakang yang mmg seperti sebuah sofa.mmg best..

  2. keter utk yg mementingkan keselesaan,tapi tak kisah design warga emas…

  3. yg ngomen kata hampeh tu tau kata jer, walhal x mampu nk beli yg sebenarnya, klu lu pandai sgt Epi ooi ko buat la kete kluaran ko sendiri, tgk ramai x komen positif @ negatif, silap2 org kutuk lg ada la,

  4. suke dgn sylphy ni, bentuk die kemas, walaupun kurang menonjol, dalam die lebih luas dr civic dan altis, but belakang die masya allah, besau sgt2, kena plak version facelift ni, perh mmg mengancam, saya tgk dh rmai org guna sylphy ni, rmai jgk toke2 cina pkai, yg best lg sylphy ni kabin die yg mmg trbaik, senyap giller, tambahan plak dgn sistem xtronic cvt yg memberikan penjimatan minyak yg sempurna, enjin pon sdap bunyi, x kasar, cume yg problemnya sylphy ni ialah duit je, klu mampu insyaallah, klu x mampu tengok dan jamu mata je la, hehe

  5. sylphy ni bentuk x menonjol, die lebih kepada sedan family, bg saya its ok, bentuk x menonjol x pe lg, klu cm civic dgn lancer bentuk die trlalu menonjol, yg membuatkan pencuri kereta trtarik, sbb itu honda n mitsubishi galakkan kete2 ni dipasang dgn cobra connex security, satu yg minat dgn sylpy ni die pnye seat die, dok lama2 driving pon badan x rasa lenguh2, mmg trbaik, klu kete lain seat die dok lama2 dah lenguh, sakit belakang,

  6. mudah2 an cita2 ko CM Punk trcapai, nissan x mcm korean car, nissan skrg dh hot, bleh saya katakan kete jepun ke 3 trlaris di malaysia selepas toyota and honda, walaupun design kete2 nissan ni agak simple tp performance enjin and transmision die trbaik,

  7. Dulu gua pakai lancer 2.0..minyak cekik..paten biase2 je..cume luaran nampak garang..sampai 1 ari member gua kenalkan sylphy pade gua…alamak sylphy memang terbaik beb..banyak kelebihannye walaupon ramai orng kate kate nie untuk uncle2 je..skang aku sylphy owner..sejak aku beli sampai skang aku tak rase menyesal langsung amik kate ni..SYLPHY THE BEST..

  8. sylphy mmg trbaik, walaupun mcm kete org tua, tp power beb. minyak saved giller, gear pon smooth, pikap pon ada, mmg x menyesal beli sylphy ni,

    skrng ni new generation sylphy 1.8 2013 dh launch kt china, x lama lg bakal masuk pasaran thailand, kt thailand dh ada spyshoot testing new sylphy 2013, perh yg baru ni hensem beb, mmg lawa depan belakang, tp yg lama pon x kurang hebatnya,

  9. ntah la, sbb bg gua best pasal performance die, pastu enjin bnyk jimat, tahan, jarang dgr kete nissan kena overhaul truk,

Kata Anda//