ETCM Melancarkan Nissan X-Gear Wajah Baharu

Nissan X-Gear 2014.02

SELANGOR, 26 Mac 2014 – Edaran Tan Chong Motor (ETCM) hari ini memperkenalkan Nissan X-GEAR baharu, crossover lima tempat duduk yang kemas dengan penampilan diperbaharui dan lebih sporty.

Nissan X-GEAR baharu ialah sebuah crossover yang versatil. Ia hadir dengan ruang kabin yang luas, premium dan pelbagai susunan konfigurasi tempat duduk untuk memenuhi apa jua kehendak serta gaya hidup para pelanggan. Daripada pemanduan harian ke tempat kerja hinggalah aktiviti luar rumah pada hujung minggu, berparti pada waktu malam, perjalanan jauh ke pinggir bandar atau sekadar pulang ke kampung halaman!

Jelajahi Kehidupan! – menjadi tema utama dan tagline pada pelancaran Nissan X-GEAR baharu. Ia merupakan refleksi terhadap individualiti seseorang dan kebebasan untuk meluahkan serta meneroka kehidupan sepenuhnya. Didatangkan dalam semua lima warna untuk menyatakan perkara ini, Nissan X-GEAR baharu mewakili kenderaan yang membolehkan anda mencari inspirasi ketika melakukan apa yang dimahukan untuk sebuah hidup lebih bertenaga. Sama ada seseorang itu sukakan aktiviti luar rumah, bersukan, muzik, fesyen atau seni, Nissan X-GEAR baharu mempunyai warna yang sesuai untuk apa jua personaliti.

Nissan X-Gear Impul 2014.01

“Nissan X-GEAR baharu disasarkan buat golongan muda dan berkeluarga yang mahukan sebuah crossover bergaya untuk menyerlahkan individualiti mereka. Tetapi pada masa yang sama kekal praktikal dan ekonomikal. Nissan X-GEAR baharu adalah interpretasi mengenai bagaimana kita boleh menikmati kehidupan sepenuhnya. Terima kasih kepada penampilannya yang sporty dan lasak, ruang kabin luas yang versatil serta menjimatkan bahan api,” kata Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng.

Dari segi luarannya, Nissan X-GEAR baharu menampilkan gril hadapan krom berbentuk V yang sofistikated dengan panel horizontal yang digelapkan dan memberikan rasa dinamik pada penampilannya. Sementara acuan sisi pada badan kenderaan dan pengadang pula menonjolkan sifatnya yang lasak. Bampar hadapan dengan pengadang lumpur berwarna hitam, roof rails, rim aloi berjejari V, hud enjin, rekaan dapra baharu, cermin sisi yang kemas dan lampu utama menambah tarikan pada rupanya yang baru.

Pada bahagian belakang pula, Nissan X-GEAR baharu dipasang dengan lampu baharu yang memberi penekanan terhadap lebarnya yang mendatar bagi diselarikan dengan gayaan belakang yang serba baharu. Rekaan bampar belakang yang baru hadir dengan satu lampu reflektor belakang dan lampu brek LED yang diletakkan sedikit tinggi untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan dan gayanya.

Gaya Nissan X-GEAR baharu disempurnakan oleh ruang dalamannya yang luas dan selesa dengan fabrik tempat duduk baharu. Manakala tahap pandangan telah ditambah baik, terima kasih kepada kluster Fine Vision Meter serta Paparan Multi-Maklumat (Multi-Information Display, MID).

Stereng tiga jejari yang baru kini dilengkapi suis kawalan untuk sistem audio 2-DIN dengan input AUX bagi membolehkan perjalanan diiringi oleh lagu-lagu kegemaran anda. Butang kawalan Paparan Multi-Maklumat (MID) hadir dengan susun atur yang kemas. Ia membolehkan pemandu menukar maklumat dengan mudah.

Nissan X-Gear 2014.06

Ruang kargo dan kaki yang luas disumbang oleh tempat duduk yang boleh dilipat dengan konfigurasi 60:40. Ia membolehkan keluasan ruang kargo digandakan daripada 383 liter menjadi 769 liter apabila tempat duduk belakang dilipat. Roof rail pada Nissan X-GEAR baharu pula memiliki kapasiti mengangkut beban sehingga 25kg. Sekali gus membolehkannya membawa sebuah basikal gunung atau kanu kecil!

Keselamatan di atas jalan raya adalah sangat penting. Jadi, Nissan X-GEAR baharu dilengkapi tali pinggang keledar hadapan yang kini dilengkapi ciri pra-regangan dan pengehad beban yang mematuhi piawaian terkini ujian pelanggaran UNECE. Dua beg udara SRS di bahagian hadapan, Sistem Brek Anti Kunci (ABS), Electronic Brake-force Distribution (EBD) dan Brake Assist System (BA) didatangkan sebagai ciri standard.

Nissan X-GEAR baharu dikuasakan oleh enjin aluminium sepenuhnya HRDE16 1.6 liter yang menjimatkan minyak. Enjin empat silinder kompak dan ringan yang mampu menghasilkan kuasa 105PS dan tork 150Nm itu dipadankan dengan transmisi empat kelajuan yang lancar dan dikawal secara elektronik. Dengan teknologi kawalan injap pemasaan, enjin tersebut menawarkan prestasi yang responsif dan penjimatan bahan api luar biasa.

Nissan X-Gear 2014.04

Stereng kuasa elektrik (EPS) membantu menawarkan kemudahan ketika membelok dan pengendalian dengan penggunaan bahan api lebih jimat. Sistem suspensi termaju pula memberikan kualiti pemanduan dan pengendalian yang cemerlng pada kelajuan mendatar atau di laluan berbengkang-bengkok. Nissan X-GEAR baharu hanya boleh didapati dalam varian 1.6L Auto dengan pilihan Pakej Lengkap IMPUL.

Tiga warna baharu ditawarkan iaitu merah (Garnet Red), hitam (Diamond Black) dan Bronze Gold, di samping dua warna sedia ada; putih (Brilliant White) dan perak (Tungsten Silver). Nissan X-GEAR baharu ditawarkan pada harga RM89,800 di atas jalan dengan jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu).

Ciri-ciri utama Nissan X-GEAR baharu

Pakej Lengkap IMPUL:

Nissan X-Gear 2014

Nissan X Gear Impul 2014

Muhammad

Kata Anda//