ETCM LANCAR KEMPEN NISSAN PREMIERE TEST DRIVE

Nissan Premier Test Drive 2011.01

KUALA LUMPUR (22 Jun 2011) – Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) menganjurkan kempen pandu uji yang dikenali sebagai Nissan Premiere Test Drive (NPTD) yang bakal diadakan di bilik-bilik pameran terpilih di seluruh negara.

NPTD merupakan satu acara unik yang membolehkan orang ramai mengunjungi bilik-bilik pameran ETCM terpilih dan berseronok di sepanjang hari di sana dengan memandu uji model-model yang dimport sepenuhnya dan bakal dilancarkan tidak lama lagi seperti “King of MPVs” Elgrand, Juke yang inovatif dan March yang penuh gaya., di samping model-model berprestasi tinggi seperti 370Z Coupe dan 370Z Roadster. Turut serta adalah rangkaian lengkap model-model Nissan seperti Teana, Grand Livina, Sylphy, Latio, Sentra, X-Trail, Frontier, Navara dan Serena.

Para pelanggan juga boleh menikmati pengalaman Nissan yang memukau apabila memandu model-model tertentu Nissan di satu laluan khas bagi merasai DNA (Distinct Nissan Advantage, Kelebihan Nissan yang Berbeza) pada setiap model tersebut. Pelbagai aktiviti untuk seisi keluarga juga disediakan bagi menjadikannya satu aktiviti hujung minggu yang sempurna.

“Objektif kempen ini adalah untuk mendedahkan lebih ramai pengguna Malaysia mengenai keunikan Nissan, selain memberi peluang kepada mereka untuk merasai sendiri keselesaan, keterujaan dan keseronokan sebenar memandu kenderaan-kenderaan ini,” kata Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr Ang Bon Beng.

Pada masa yang sama, ETCM turut menjalankan kempen “Drive Me Cra2y” yang akan berakhir pada 31 Mac 2012, di mana setiap orang berpeluang untuk memenangi sebuah kereta Nissan yang baru dengan hanya memandu uji mana-mana kenderaan Nissan.

Program NPTD bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang, perinciannya adalah seperti berikut:

Tarikh

Lokasi

25 – 26 Jun 2011

ETCM Petaling Jaya, Selangor

16 – 17 Julai 2011

ETCM Bayan Lepas, Pulau Pinang

23 – 24 Julai 2011

ETCM Kuantan, Pahang

10 – 11 September 2011

ETCM Jalan Raja Laut, KL

24 – 25 September 2011

ETCM Johor Jaya, Johor

ETCM juga akan menganjurkan acara NPTD di Malaysia Timur menjelang akhir tahun 2011.

Silakan kongsi:

4 comments

Skip to comment form

    • jabroni on 23/06/2011 at 8:21 AM
    • Reply

    Gua nk test drive GTR!!! GTR!!! GTR!!!

  1. gua nak test model model yg posing kereta nissan boleh?

    • Alteja on 23/06/2011 at 1:55 PM
    • Reply

    Boleh je Sepat… test masakan dia…

    • belalang_kontot on 23/06/2011 at 2:15 PM
    • Reply

    Jangan sepat…Jangan!Jangan tak ajak gua…Hehe…

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.