Edaran Tan Chong Motor Terima Pengiktirafan Sebagai “Juara Pengedar Nissan” Kali Ketiga Berturut -Turut

Kuala Lumpur (14 Mac 2012) – Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) telah dianugerahkan “Juara Pengedar Nissan” oleh syarikat prinsipalnya, Nissan Motor Co., Ltd. (Jepun) untuk tahun ketiga berturut-turut. Sijil tersebut yang ditandatangani oleh En. Hiroto Saikawa, Naib Presiden Eksekutif Nissan Motor Co., Ltd. (Jepun) adalah pengiktirafan rasmi kepada ETCM atas pencapaian ‘kecemerlangan prestasi dan kemajuan operasi yang hebat’ pada 2011.

Sijil itu diserahkan kepada kedua-dua Dato’ Tan Heng Chew, Timbalan Pengerusi Eksekutif Tan Chong Motor Holdings Berhad dan Dato’ Dr Ang Bon Beng, Pengarah Eksekutif ETCM oleh En. Toru Hasegawa, Presiden Nissan Motor Asia Pacific Co., Ltd. dan Nissan Motor (Thailand) Co., Ltd. serta Naib Presiden Serantau bertanggungjawab bagi Operasi Asia dan Oceania (kecuali China) bersama En. Steve Ardianto, Naib Presiden Kanan – Perancang Korporat Nissan Motor Asia Pacific Co., Ltd.

ETCM adalah salah satu daripada pengedar Nissan di dunia yang dianugerahkan dengan pengiktirafan “Juara Pengedar Nissan 2011” di kalangan Nissan National Sales Companies (NSC) yang dinilai di General Overseas Market (GOM).

Sebuah jawatankuasa khas Nissan telah dibentuk untuk melakukan penilaian teliti di seluruh dunia bagi menentukan “Juara Pengedar Nissan” yang baru. Kriteria penghakiman merangkumi prestasi, proses-proses dan pengurusan.

Silakan kongsi:

2 comments

  1. Itu lah yang gua perasan dan harap orang perasan selama ni… tuning and racing adalah sebahagian car culture…tetapi tak semestinya betul kan.

    Gua lebih kisah apa falsafah dan jiwa Proton. The true reason why they exist dan apa yang staf-stafnya pegang. Itu adalah acuan outputnya.

  2. falsafah…falsafah…hebat

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.