Ducati dan AMG Saling Berkerjasama

Ducati & AMG.02

Ducati dan AMG akan berkerjasama dengan lebih erat lagi pada masa hadapan. Tujuan utama hubungan ini ialah untuk membina aktiviti pemasaran bersama. Langkah pertama ialah AMG akan menjadi kereta rasmi pasukan MotoGP Ducati bermula tahun 2011 dan ini bermakna pelumba baru Ducati iaitu Valentino Rossi akan dibawa ke sana-sini dengan Merc talaan AMG.

Ducati & AMG.01

Dalam acara terpilih Ducati, pengunjung dapat memandu uji kereta talaan AMG dan begitu juga sebaliknya, pengunjung acara AMG akan diberi peluang untuk menunggang uji motor Ducati. Perancangan lain masih lagi dalam perbincangan. Kalau dah mampu beli AMG takkan tidak mampu beli Ducati kan? Ataupun kalau dah bosan tunggang Ducati boleh beli AMG pula.

Sumber: Newspress

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

4 comments

Skip to comment form

    • kunyit on 22/11/2010 at 12:43 PM
    • Reply

    hadoi. cair la tengok

    • belalang_kontot on 22/11/2010 at 2:52 PM
    • Reply

    kalo la reger ducati saing2 modenas……mesti gua da sambar sebijik…

    • Joule on 23/11/2010 at 10:16 AM
    • Reply

    Pakcik gua dulu ada cakap..
    Ducati ni moto paling ringan kt dunia nih sebab die 2 kati je..
    Die gelak2 tapi gua blur.. Masa tu gua cakap pun pelat lagi..
    Bayangkan la..

    1. Kekekekek. Pacik lu mmg steady. Gua boleh tangkap emosi lu masa tu.

Leave a Reply to MatponCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.