‘Mak Uia’ Archive

Pemenang Peraduan Style Your Smart!

Pada Januari lepas saya ada terbitkan satu entri mengenai peraduan Style Your Smart. Peraduan tersebut berjaya menarik lebih dari 8,000 penyertaan dari lebih 100 negara dengan lebih 50,000 desain!
Baru-baru ini pihak penganjur telah mengumumkan pemenang-pemenang yang berjaya memenangi wang tunai € 5,000.

Chevrolet Spark: Supermini ‘Cute’ Dari Korea!

Chery QQ kalau sekutu perasan memang serupa dengan Chevrolet Spark atau Daewoo Matiz.  Dan dua model tersebut memang kontroversi sampai naik mahkamah, saya tak pasti apa keputusannya tapi kalau di negara kita, dua-dua model tersebut dijual dan dua-dua model tersebut tak laku. Tanpa berlengah masa dan tidak perlu fikir panjang, GM/Daewoo memperkenalkan Chevrolet Spark 2010. [...]

WRC Mexico: Sebastien Loeb Juara!

Sebastien Loeb dan jurupandu arahnya Daniel Elena dari tim Citroen Total menjuarai pusingan kedua FIA World Rally Championship 2010 di Mexico hujung minggu lepas. Perlumbaan ke ‘langit’ sehingga 2730 meter tinggi dengan udara yang sangat nipis menjadikan kereta kehilangan kuasa sekitar 30 peratus.

Mercedes-Benz G Class!

Terima kasihlah pada Encik Matpon yang tolong post entri G Class [selingan mata 10] ni tapi tak buat artikel pun. Untuk pengetahuan sekutu GT, Mercedes G Class adalah kenderaan off road terbaik Mercedes. Anugerah yang dimenangi oleh G Class memang banyak, antaranya Off-roader of the Year sebanyak 7 kali dan Luxury off-roader daripada majalah Off [...]

Lexus CT 200h

Model yang baru dilancarkan Lexus di Geneva adalah CT 200h. Model hibrid ini adalah jawapan kepada mereka yang mahukan suatu yang premium dari Toyota. Lexus CT 200h adalah kereta hybrid pertama yang dilancarkan dalam kelas kompak premium. Dijadual untuk dikilangkan pada tahun ini, model terbaru Lexus ini disasarkan kepada golongan muda dan yang baru hendak [...]

LUXGEN: Jenama Taiwan!

Dalam artikel ekonomi yang saya baca kebanyakannya meramalkan ekonomi global bakal dikuasai oleh negara-negara Asia. Buktinya kita boleh lihat dengan gahnya produk-produk berteknologi tinggi dan sederhana dari Korea Selatan, Taiwan dan China membanjiri pasaran global sekarang ini. Jepun sememangnya sudah lama membayangi ekonomi Amerika Syarikat [AS] dan untuk pengetahuan sekutu, Jepun banyak membeli bon AS [...]

F1: CNN Rakan Lotus Racing!

Pada 2 Mac lepas, CNN International mengumumkan perjanjian kerjasama jangka panjang dengan Lotus Racing. Logo CNN akan dipamerkan pada Lotus T127, sut pemandu dan krew tim. Kerjasama tersebut akan diuruskan oleh cabang komersil CNN, Partner Solutions Group dan diketuai oleh Rani Raad, Timbalan Naib Presiden Kanan CNN International Advertising Sales.
“Kombinasi dua jenama global yang ikonik [...]

Theme Tweaker by Unreal