‘Skru GearTinggi’ Archive

Selingan Mata [13]

Pulau pandan jauh ke tengah,
Kerja gua memang senang,
Andai sekutu bijak bestari apakebenda atas tu?
-Matpon-
ps: Macam biasa, confirm lu orang tak boleh teka.

Citroen SM: Dari Presiden Hinggalah Pelakon Pakai!

Kenangan saya tentang Citroen sekolah lama ialah saiznya yang besar dan suspensi yang  akan naik dan turun secara automatik bila enjin dihidupkan dan dimatikan. Memang sejuk [cool]. Dan hari ini saya nak kongsi bersama sekutu Citroen SM yang kini dah berusia 40 tahun.
Kereta coupe berprestasi dari Citroen ini dihasilkan dengan kerjasama Maserati dan mula dipertontonkan [...]

Video: Ken Block Sebelum WRC Mexico

Seperti yang dilaporkan dalam entri WRC Mexico, Ken Block terbabas dan terus ‘terbang’ ke dalam parit. Tapi pemandu selebriti macam Ken kalau kalah pun tetap akan jadi bahan berita, apatah lagi kalau dia menang. Dan video di atas adalah ujian pemanduan Ken Block sebelum WRC Mexico.
Rupa-rupanya dia praktis sekali saja sebelum ke Mexico.
Sumber: Youtube/MonsterWorldRally
-Mak Uia-

Lotus + Cosworth = IndyCar!

Lotus dan Cosworth mengumumkan mereka berkerjasama dalam perkongsian teknikal dan komersil dengan pesaing IndyCar iaitu KV Racing Technology untuk bertanding dalam siri IndyCar musim 2010.
Lotus-Cosworth IndyCar akan menggunakan skema warna classic Racing Green dan jaluran kuning seperti yang digunakan pada kereta-kereta Lotus Racing pada era 50an dan 60an dan akan membuat penampilan sulung pada pusingan [...]

Selingan Mata [12]

Teka teki tekuk, like normal i know you don’t know this. Heh heh heh.
-Matpon-

Kia Magentis

Generasi terbaru Kia Magentis akan dipertontonkan pada umum pada Pertunjukan Auto Antarabangsa New York 2010 bulan hadapan.
“Generasi terbaru Magentis mempunyai kuasa untuk membuat kejutan,” kata Peter Schreyer, Ketua Pereka Kia. “Ianya adalah kereta yang mana orang tidak akan sangka dari Kia – dan itulah yang kami rancang untuk capai.”

Video: Proton Emas & Lotus Range Extender Engine!

Rasanya melalui beberapa siri entri tentang Proton Emas dan Lotus Evora, sekutu semua dah biasa dengan sistem hybrid Lotus. Seperti yang kita maklum enjin Lotus Range Extender membekalkan kuasa pengecasan bateri dan kuasa pada motor elektrik untuk menggerakkan kereta.
Untuk pemahaman yang mudah, Lotus Engineering telah menghasilkan 2 video yang meringkaskan penerangan sistem hybrid tersebut. Ada [...]

Theme Tweaker by Unreal