CAM Plutus Motorhome / D-Max Motorhome

gt2-horz

Pembaca GT sebelum ini tentu pernah terbaca tentang artikel yang gua karang mengenai sebuah Chana Era yang telah disumpah untuk menjadi sebuah Campervan. Malangnya idea tersebut untuk dijadikan sebagai produksi massa gagal dek kerana kekangan undang-undang yang tidak membenarkan kenderaan komersial didaftarkan sebagai kenderaan penumpang. Nah, kini gua bawakan kepada pembaca GT secara ekslusif dua buah kenderaan jenis pikap yang telah dipasangkan kabin di bahagian belakang untuk menjelma sebagai sebuah Motorhome yang lengkap serta boleh dipandu terus untuk menuju ke Cherating pada musim cuti sekolah ini tanpa perlu bimbang tempat penginapan habis ditempah.

Barangkali Isuzu D-Max 4×2 tidak perlu diperkenalkan secara mendalam kepada pengguna kenderaan jenis pikap di Malaysia ini. Cuma, jenama CAM Plutus yang berasal dari Tanah Besar China ini barangkali kelihatan sedikit asing pada pandangan mata kita semua.

Jadi marilah gua terangkan serba ringkas tentang pikap yang telah digunakan sebagai Motorhome ini. Model CAM Plutus 4×2 ini  telah dibekalkan dengan enjin 2.8L TDi bagi membawa sebuah keluarga kecil untuk menyusuri persisiran pantai menghala ke Kuala Terengganu dengan mudah dan pantas. Enjin 4JB1TI yang berasal dari Isuzu ini mampu menghasilkan kuasa Tork pada 230Nm yang dirasakan memadai untuk mengheret kabin besar di belakangnya sewaktu mendaki Genting Sempah. Ok, nak cerita lebih-lebih bab kenderaan / pikap ini, rasanya gua tak perlu ulang panjang lebar.

Kalau lu orang skeptikal tentang produk dari China ini, maka pilihan lain yang ada adalah Isuzu D-Max 4×2. Sebelum ada yang bertanya mengapa 4×2 sahaja yang menjadi pilihan dan bukannya 4×4, marilah gua terangkan. Secara mata kasarnya, lu orang boleh lihat mana-mana kenderaan 4×4 ini secara lahiriahnya lebih tinggi sedikit. Bila dah tinggi, maka urusan keluar masuk ke kabin barangkali menjadi sedikit masalah. Melainkan lu orang sanggup nak pasang escalator. Ok, yang sebenarnya ada peraturan had tinggi keseluruhan kenderaan yang perlu dipatuhi. Karang JPJ tak endorse, macam mana nak jual? Nak jual mungkin boleh, tapi macam tak manis pula dipandang masyarkat sebab hujung-hujung yang kena saman adalah pembeli juga sudahnya.

gt

Melihat kepada spesifikasi kabin ini, bolehlah ianya dikatakan sebuah Motorhome yang lengkap kerana selain daripada tempat tidur yang mampu memuatkan 3-5 orang (3 dewasa / 2 dewasa + 3 anak kecil), turut disediakan adalah sebuah dapur (menggunakan kuasa elektrik dan bukannya gas atas faktor keselamatan) dan basin kecil bagi kerja-kerja pembasuhan. Sebuah tandas bersaiz XS turut ditempatkan di sudut hujung kabin. Untuk mandi dan menyalin pakaian barangkali tiada masalah. Sebarang urusan melibatkan per-istinjak-an adalah tidak digalakkan sama sekali mahupun sama duakali.

Jadi, berbalik kepada Motorhome ini, gua syak ramai juga yang menaruh hati dan memendam rasa untuk memilikinya. Harus barang diingat, harga yang ditawarkan tidaklah murah. Lepaslah rumah Semi-D kalau lu orang tinggal di Melaka. Harga yang ditawarkan untuk unit yang lengkap adalah RM188,000.00 (anggaran). Tapi sepatutnya lagi mahal kalau ianya di bawa masuk secara CBU. Cumanya Motorhome ini ini telah menerima taraf sebagai pemasangan tempatan ,maka harganya berjaya ditawarkan sehingga ke RM188,000.00 itu. Iya, gua tahu harganya masih mahal. Sebab itu gua hanya boleh menaruh hati dan memendam rasa sahaja. Melainkan mak ayah lu orang jenis yang kaya raya, memilikinya bukanlah menjadi suatu kesalahan.

Kredit Gambar: WingMotorhome

Azmin

Penulis Indie

One Comment

Kata Anda//