CABARAN BARU TOYOTA ECO YOUTH 2014 BERMULA

13 Februari 2014, Shah Alam – Toyota Eco Youth (TEY) 2014 dilancarkan hari ini sekaligus menandakan bermulanya kalendar aktiviti alam sekitar bagi 16 buah sekolah yang terlibat dari seluruh negara. Memasuki tahun ke-14 kini, program berkenaan yang menjadi satu daripada tiga tunggak penting bagi aktiviti tanggungjawab sosial korporat UMW Toyota Motor disempurnakan perasmiannya oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof bersama Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki.

Bagi merancakkan lagi saingan tahun ini, UMW Toyota Motor mengumumkan pertambahan nilai hadiah wang tunai yang ditawarkan. Sekolah yang merangkul juara tahun ini akan menerima hadiah utama sejumlah RM10,000, tempat kedua RM7,000 dan tempat ketiga RM5,000.

Menurut Datuk Ismet, pertambahan hadiah berupa wang tunai berkenaan bertujuan untuk merangsang dan membakar semangat semua peserta agar berupaya untuk menampilkan idea-idea kreatif dan berinovasi mapan serta mempunyai nilai pasaran untuk bertahan dan memberi manfaat kepada alam sekitar.

“Ketika kami memulakan program ini dahulu, tujuannya adalah untuk melahirkan juara ‘eco’ dan ajen perubahan dan kesedaran alam sekitar di peringkat sekolah. Dengan kesungguhan dan usaha peserta sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami mula melebarkan penglibatan dalam program berkenaan terhadap komuniti sekitar pula, yang dimula sejak sambutan ulangtahun ke-10 program ini pada 2011,” ujar Datuk Ismet.

Matlamat utamanya adalah untuk memperkasa para pelajar untuk meningkatkan kemahiran berfikir secara kritikal pelajar melalui penerapan Kaedah Penyelesaian Masalah 8 Peringkat yang dipelopori Toyota, supaya pelajar-pelajar yang terlibat ini nanti membesar sebagai penggerak masyarakat setempat disekitar mereka dan berupaya untuk mencari penyelesaian sendiri yang sekaligus akan mengurangkan kebergantungan kepada pihak lain.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof turut menyokong usaha UMW Toyota dalam menganjurkan program ini yang dilihat mampu untuk mengubah tanggapan individu dan masyarakat disekitarnya terhadap kepentingan memelihara alam. Kebanyakan elemen yang terkandung di dalam program ini turut selari dengan perancangan yang digariskan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang sedang dilaksanakan kini hingga 2025.

Pembangunan berterusan sangat penting untuk meningkatkan taraf kehidupan. Untuk itu, ia perlu dilaksanakan dengan beretika dan penuh tanggungjawab dan perlu mengambil kira kesannya terhadap alam sekitar. “Sebarang keputusan dan tindakan yang diambil hari ini akan memberi kesan kepada generasi akan datang. Begitu juga sebaliknya, jika tidak ada apa-apa tindakan yang perlu diambil hari ini, ia akan turut memberi kesan kepada masalah alam sekitar di masa depan,” tambahn beliau.

Datuk Ismet turut berpesan kepada peserta bahawa setiap apa yang kita nikmati hari ini contohnya air dan udara yang bersih, hutan hijau, serta kepelbagaian biologi lainnya tidak tersedia secara tiba-tiba dan wujud sehingga hari ini. Ia adalah hasil daripada usaha pemuliharaan generasi sebelumnya yang turut sama merasakan tanggungjawab untuk mewariskan khazanah semulajadi yang cukup berharga ini dalam keadaan sepatutnya. Ia juga menjadi garis prinsip bagi Toyota Motor Corporation yang sentiasa berusaha untuk menerapkan inisiatif yang mampu menyumbang semula kepada masyarakat setempat dari pelbagai sisi.

Mula dianjurkan pada 2001, program TEY pada awalnya hanya melibatkan penyertaan daripada lapan buah sekolah sekitar Lembah Klang. Ia kemudiannya dikembangkan dan menerima penglibatan sekolah dari seluruh negara. Pada 2011, program berkenaan turut mula melibatkan komuniti sekitar sekolah yang mengambil bahagian.

Para pelajar yang ikut serta akan ditugaskan untuk mencari penyelesaian kereatif dan prkatikal terhadap masalah alam sekitar yang dihadapi oleh komuniti disekitar mereka serta memimpin orang ramai di dalam usaha berkenaan.

Mereka juga perlu mendokumentasikan setiap pengalaman mereka sepanjang mengikuti program TEY ini menerusi catatan di blog, bertujuan untuk meraih sokongan dan publisiti. Ini termasuk di dalam perkara yang perlu dipersembahkan di dalam majlis penutup yang bakal berlangsung hujung tahun nanti. Markah akan diberikan terhadap aspek pengurusan projek, kandungan blog, persembahan akhir dan kesan terhadap mereka yang terlibat.

Silakan kongsi:

2 comments

    • Lee Carmen on 27/03/2014 at 8:37 PM
    • Reply

    Nak tanya, why did you photoshop the picture and did not include the SMK Convent Kajang representative?

    • Jo on 28/03/2014 at 5:38 PM
    • Reply

    Please replace the above picture with the original one and not a fake. Be considerate to the student’s feelings. Thank you.

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.