BMW 3 Series: Adunan Klasik dan Moden

BMW adalah jenama premium yang terkenal. Walaupun memandu model tahun 60an sekalipun anda tetap kelihatan hebat. Hairannya di dalam pasaran lokal, susut nilai jenama BMW adalah tinggi tetapi faktor itu masih gagal untuk menghalang popularitinya dan tidak kurang ramai juga yang terpesona dengan harga murah model terpakai jenama Bavarian Motor Works dari Jerman itu. Tetapi harus diingat, BMW juga terkenal dengan akronim Banyak Mau Wang dan kenyataan itu bukan sengaja direka atau sembang kedai kopi sahaja kerana walapun harga model terpakai boleh dijangkaui ramai tetapi belum tentu lagi ramai yang mampu menyelenggaranya. Tambahan pula keunikan kejuruteraan Eropah belum tentu mahir ‘dibela’ oleh kebanyakan mekanik tempatan. Maka, jika BMW berada di dalam radar anda, fikirlah semasak-masaknya sebelum beristerikan atau bersuamikan jenama itu.

Model 3 Series, sebelum lahirnya 1 Series boleh diibaratkan sebagai pintu gerbang bagi pelanggan untuk berkenalan dengan jenama BMW. Model itu lebih digemari oleh golongan yuppie atau young urban professional. Pasarannya juga besar dan tidak hairanlah ianya merupakan model bread and butter (punca pendapatan) BMW. Setiap generasi baharu 3 Series adalah adunan harmoni di antara tradisi dan kemodenan BMW. Sejak lebih dari tiga dekad lepas, wajah 3 Series sentiasa berevolusi di mana perekanya berjaya menerapkan ciri-ciri dinamik, inovasi dan astetik dalam menghasilkan model yang moden tetapi pada yang sama tidak meminggirkan nilai-nilai tradisinya. Hasilnya setiap generasi model itu berjaya mengekalkan identiti jenama dan paling penting mempunyai faktor kejutan setiap kali diperkenalkan kepada pasaran.

Sejarah BMW Series bermula sejak tahun 60an lagi. Sebagai pengeluar kereta sedan yang sporty dan elegan, BMW pada masa itu sudah pun membangunkan profail kenderaan yang mempunyai karakter tersendiri. Dengan rekaan badan notchback, konfigurasi enjin FR (enjin depan, pacuan belakang) pada model BMW 1500/1200, ciri-ciri pada model itu menjadi prinsip asas pembuatan kereta yang masih dikekalkan hingga kini.

Pengenalan model pertama BMW 3 Series pada bulan Julai 1975 menandakan bermulanya era kejayaan model itu di dalam sejarah kenderaan BMW. Walaupun model generasi pertama mempunyai persamaan ketara dengan model 5 Series yang diperkenalkan pada tahun 1972 namun ianya lebih sporty dengan saiz yang kompak. Paling masyhur ialah wajah depan yang menjadi ikon penting iaitu BMW kidney grille. Model 3 Series pertama juga mempunyai saiz tingkap yang besar dengan bentuk badan baji (wedge shape).

Model generasi kedua yang bermula dari tahun 1982 hingga 1993 pula dibina berdasarkan ciri-ciri aerodinamik. Lebar kereta dipertingkatkan bagi menampakkan imej yang berkuasa. Keseluruhan badan kereta tampak lebih lembut dan tidak tajam manakala bahagian depan yang lebih elegan pula hasil daripada ujian terowong udara dengan pekali seretan sebanyak 0.37.

Model generasi ketiga dari tahun 1990 hingga 1997 pula hadir dengan rekabentuk serba baharu. Saiznya bertambah secara ketara dan dengan rekabentuk yang segar telah berjaya menarik perhatian pasaran. Model baharu itu juga lebih aerodinamik dengan bacaan pekali seret sebanyak 0.29 (316i). Model generasi ketiga itu langsung meninggalkan rekabentuk model sebelumnya namun apa yang menarik ialah kidney grille dan lampu utama berkembar yang merupakan warisan utama BMW.

Model generasi keeempat pula bermula dari tahun 1998 hingga 2005. Model baharu yang dilancarkan pada bulan Mei 1998 itu lebih lebar daripada model sebelumnya. Kidney grille model baharu diintegrasikan dengan bonet dan secara keseluruhannya walapun nampak ringkas tetapi lebih elegan dan kemas. Perekanya mendakwa perubahan itu sebagai terjemahan semula wajah 3 Series namun masih lagi mengekalkan identiti model itu.

Model generasi kelima dari tahun 2005 hingga 2011 pula mempunyai karakter yang kuat dan bergerak jauh daripada rekabentuk tradisi BMW. Setahun selepas pengenalan model itu, strategi rekaan baharu yang ditampilkan mendapat pengiktirafan tertinggi daripada industri automotif apabila dianugerahkan “World Car of the Year” di New York. Model generasi kelima itu mewakili perubahan yang agak ketara di dalam sejarah rekabentuk kenderaan. Walaupun nampak sangat berbeza daripada model sebelumnya tetapi di atas kertas, rekabentuknya hanya ditarik sini sikit dan sana sikit tetapi berjaya menjadikannya seolah-olah sebuah revolusi dan bukan evolusi rekabentuk.

Pada tahun 2011 BMW memperkenalkan 3 Series baharu yang merupakan generasi keenam model itu. Rekabentuknya klasik moden seolah-olah BMW ingin kembali ke zaman retro. Sifir rekabentuk yang dipegangnya berlawanan dengan pesaing lain yang menuju ke arah progresif moden. Wajah depan banyak mengimbas semula model 60an dan model pertama 3 Series pada tahun 1975. Model itu lebih terarah kepada BMW 5 Series dan tidak keterlaluan jika dianggap sebagai 5 Series yang dikecilkan. Sama seperti model pertama 3 Series yang banyak mengambil rekabentuk 5 Series nampaknya seperti BMW ingin kembali kepada masa lampau. Masalahnya ialah 5 Series lebih terarah kepada golongan berusia dan apa agaknya respon golongan yuppie? Tidak menjadi masalah kerana BMW kini banyak model untuk pelbagai pasaran. Ada 1 Series, X Series dan dengar kata 2 Series pula. Pasaran kenderaan premium dunia nampaknya begitu makmur.

Newspress

-Md Uia-

Matpon: Gua selaku Matpon tukang post entri selaku security gad merangkap pemadam spam GT ingin mengucapkan selamat membaca dengan 2 keping gambar je sebab gua pun dapat 2 keping je. Gua selaku Matpon ingin mengucapkan selamat tahun baru Cina. Sekian terima kassseyyyy!

Muhammad

26 Comments

  1. Goku Hensem … Pakai ikut kemampuan je…nak berlagak lebih2 pun takde makna kalo poket asyik kering jer…hahaha

  2. banyak tol ilmu lu mad… ponet den baca…
    wa tabik spring sama lu mad….
    kaurkn lg mana ada tu……

  3. gua minat BMW psl keta ada high tech safety, ABS, EBD, ESP, AIRBAG tough body, design pon sesuai utk bisnesman or executive bru nk up..

  4. wa baru amik 325i e46 thn 2004… dah survey spare part dia x de lah mahal… tp jgn salah masuk kedai.. nnt kene sembelih.. kt melaka diagnos ecu baru rm 50.. absober baru rm200++.. mana ada banyak makan wang.. pokok pangkal nye kene survey dulu barang2 dia baru bole beli.. jgn main terjah je.. spare part dia klu nk dibanding kan dgn volvo 240gl thn 88.. mahal lg spare part volvo..

  5. Aku beli paper kosmo ari sabtu je pasal ade reviu pasal kate dari penulis yg terbaik,sekian..

    p/s: Mat pon bleh x ko tambah button like.kalu bleh la aku tau ko xbleh….

  6. Gua plak minat e30, e24 6 series n e9 3.0 CSL…Aritu nmpk 523 e24 sebiji, cantik jgk tgk dpn mata, dlm buku x cantik plak…

  7. fuuuhhh,Gua pakai e46 318i,kalo ada sape2 nk sharing2 leh la..
    BMW memang best gila,skang ni dah murah, gaji stakat 2k dah leh pakai..join the beemers club..

  8. first keta aku mase bru dpt lesen dulu2 ford laser s mase tu mmg top la keta tu pastu aku jual pakai pulak rx7 generasi petama mmg best gile dia punya power pastu jual amik proton night pakai kejap aku jual beli pulak saga enjin vtec…hehehe…tak caye?pastu jual…beli pulak waja bru 09…pakai 2 tahun lebih dah mula nak meragam sebelum dia sakit aku jual cpt2…dlm pale otak nie aku dok pikir keta ape plak pas nie…ht tu berkenan kat satria gti…atau honda ej/ek/eg…last2 aku beli bmw e36 318 97…heheh…pilihan yg tepat sebab harga dia dlm byk2 keta aku tgk mmg tak jauh beza mmg tak rugi beli. ..bmw the best

  9. Dude, ada 980 entri kat dalam GT ni. Gua pun tak berapa ingat sangat artikel ni, yang gua ingat ni antara artikel paling selamba gua tulis sebab rushing nak kejar deadline.

    Artikel yang paling selamba antara selamba setakat ini ialah tadi bila gua tulis pasal Ford Kuga.

    Btw, bagus la lu rajin baca entri-entri lama, buat gua refreshed balik apa yang gua pernah tulis.

    Thanx dude.

Kata Anda//