Sep 18

Beli Proton Dapat He-Man Dual

Proton Gen.2 UK01

Pertama kali saya buka laman web agensi media yang GT biasa langgan dan terjumpa berita pasal Proton. Biasa Perodua saja yang ada dalam koleksi berita mereka. Walaupun berita yang disiarkan tak ada kena mengena dengan Proton lokal tapi ok juga sebab ada benda yang saya tak tahu dan boleh juga dikongsi bersama sekutu.

Dalam rangka promosi terbaru Proton akan menghadiahkan He-Man dual controls yang berharga GB 500 untuk instruktor pemanduan yang membeli Satria Neo. Kereta yang didatangkan standard dengan roda aloi 16 inci, tingkap kuasa, sensor undur dan spoiler belakang ini ditawarkan pada harga permulaan GB 10,360.

Saya sebenarnya tak tahu apa benda He-Man dual controls dan selepas bertanya dengan kaunter Encik Google baru tahu rupanya benda ini adalah kit paddle pemanduan untuk belajar memandu, biasanya diletakkan di ruang kaki penumpang untuk instruktor guna bila ada kecemasan macam terlajak laju atau pelajar tak berani nak menekan minyak.

Bijak juga strategi macam ini, manalah tahu lepas belajar dia orang berminat nak beli Satria Neo pula. Rasanya itulah antara faktor Perodua Kancil laku sebab ramai yang belajar memandu menggunakan kereta tersebut dan bukan sikit orang beli Kancil sebab tak berani pandu kereta lain.

Sumber: Newspress

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

6 comments

Skip to comment form

    • C27 on September 18, 2010 at 8:12 am
    • Reply

    bagus juga info ni..gua ingat He-Man citer katun tu

    • belalang_kontot on September 18, 2010 at 9:04 am
    • Reply

    tapi np gmbr gen2 mak?

    • pendita_gila on September 18, 2010 at 10:16 am
    • Reply

    igt sejenis kueh raya baru

    • smut_liar on September 18, 2010 at 5:46 pm
    • Reply

    wa ingat mesin tebuk dinding…

    • Cekwang on September 18, 2010 at 6:20 pm
    • Reply

    Bagus tu proton buat keta utk blaja memandu. He-Man nama tak mencirikan langsung alat tu.

  1. Mati2 gua ingat He-Man katun tu

Leave a Reply

Your email address will not be published.