Beli Chery Dapat Kondo

Minggu ini semua orang sibuk cerita pasal Bajet 2013. Macam-macam harapan dinyatakan oleh rakyat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik dan makmur.

Antara impian ramai, selain mengharapkan harga kereta diturunkan, perkara yang sering disentuh adalah rumah mampu milik. Memang betul, kalau kita tengok iklan jual rumah, harganya sudah jadi merepek. Jadi, makin ramailah yang tidak mampu beli rumah kalau harganya tidak dikawal.

Jangan sedih dulu. Anda sebenarnya berpeluang memiliki sebuah rumah dengan cara membeli kenderaan jenama Chery. Sebabnya, Chery Automobile (Malaysia) Sdn. Bhd. (Chery Automobile) baru-baru ini melancarkan kempen My Chery, My Condo.

Kempen itu memberi peluang kepada pelanggan baharu Chery untuk memenangi hadiah mewah iaitu sebuah kondominium! Kempen yang berlangsung selama lima bulan itu, bermula 14 September 2012 hingga 15 Februari 2013 memerlukan anda menghasilkan slogan paling kreatif.

50 penyertaan terbaik akan dipilih oleh Chery Automobile sebelum seorang peserta bertuah akan menerima kunci kondominium mewah dua bilik di Lagoon Suites, Kota Kemuning bernilai hampir RM400,000!

Jika hadiah itu masih belum cukup untuk membuatkan anda membeli kereta Chery, banyak lagi hadiah yang ditawarkan. Antaranya adalah:

Hadiah Utama:        Kondominium mewah bernilai RM400,000

Hadiah kedua:         RM5,000 tunai

Hadian ketiga:         RM3,000 tunai

Hadiah ke-4 hingga 19:     baucar petrol RM400 + RM300 baucar Chery  

Hadiah ke-20 hingga 39: baucar petrol RM300 + RM200 baucar Chery  

Hadiah ke-40 hingga 50:  baucar petrol RM200 + RM100 baucar Chery  

So, ada berani?

-Syuk-

Ahmad Syukran

2 Comments

  1. same here. gua cuma harap better grade diesel. bole gak merasa kereta ngan advance diesel engine.. huhu.. dok gitu?

  2. yup! nothing for automotive sector. Damn!!! So, kerja keras. beli aje la kete ngan harga mahal skrg. 🙁

Kata Anda//