Beg Udara Kereta Wajib Pada Tahun 2012

Proton Saga FL.08

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha semalam mengumumkan di Rantau Panjang, Kelantan yang kereta penumpang baharu akan diwajibkan mempunyai beg udara bermula tahun 2012. Pengumuman yang sangat dinantikan kerana banyak negara lain sudah mewajibkan peraturan ini. Memandangkan pembuat kereta bukan badan kebajikan yang akan suka-suka sedekah beg udara secara percuma maka regulasi terbaharu ini amat tepat, lagi pula jika kerajaan merasa keselamatan rakyat terjejas dek kerana penggunaan alat ganti terpakai maka keputusan ini membuktikan kerajaan prihatin terhadap keselamatan rakyat.

Selain dari itu, suka hendak saya tulis, penggunaan beg udara mestilah juga satu pakej dengan struktur badan yang kukuh. Beberapa tahun lepas ada kereta yang dilancarkan dengan dua beg udara tetapi struktur badannya nampak lemah, lucu. Macam pakai kasut terlupa pakai tali. Arahkan juga pembuat kereta menghantar model mereka ke Euro NCAP, J NCAP atau China NCAP dan siarkan kepada umum keputusan tersebut. Jika tidak mahu, laburkan sahaja untuk negara mempunyai makmal pelanggaran standard antarabangsa.

Rakyat didahulukan.

-Mak/d Uia-

Muhammad

14 Comments

  1. spatutnya dr dulu lg….
    lepas ni mesti harga keta mahal2 blaka..
    yelah…2 beg udara..

  2. nyawa selamat ble bli kete mahal2 je.kte yg xmampu ni la tarung nyawa walaupn bwk slow.ibarat bwk kete sorong.xde abs ngan airbag pn.

  3. Sesungguhnya budak-budak zaman sekarang ni beg sekolah fancy fancy aje gua tengok. Sekian.

  4. Mesti mahal. Harapnya ada diskaun utk keta yg “dilahirkan” tanpa beg udara utk pasang beg udara kat keta macam Innova E Spec aku mana ada ber udara & ABS.

  5. pengeluar yg tak mampu pakejkan airbag dalam kenderaan mereka walaupun pada umumnya benda ni asas adalah dinasihatkan agar letak dalam manual kereta tu ‘berikutan tiada beg udara disertakan dalam model ni maka sila bawa bantal sesedap rasa dan letakkan didada anda sepanjang pemanduan di dalam kenderaan ini’.

  6. gua ade tanya dlm FB GT.com
    kenapa biler eksiden kete buatan mesia gua tak penah nampak pun airbag kuar?…sape terer tolong la jawap

Kata Anda//