Balik Raya Punya Cerita

GT1

Lebih kurang seminggu lagi umat Islam bakal menyambut Hari Raya. Maka lagi dua tiga hari, boleh jadi orang ramai dah mula nak pulang ke kampung halaman tercinta.  Sebagai pedoman dan hidayah buat Sekutu yang memandu, maka bolehlah dijadikan amalan yang murni menjelangnya aktiviti pembalikan kampung tersebut.

  1. Ini perkara yang paling penting sebenarnya. Sebelum memulakan perjalanan, baca doa menaiki kenderaan dulu. Paling tidak pun, Bismillah dahulu. Kemudian nak baca doa dalam apa bahasa sekalipun, silakan.
  2. Pemandu wajib berada dalam keadaan cukup cergas untuk memandu dalam keadaan yang mencabar. Mencabar bererti rohani dan jasmani harus bersedia dengan sebarang kebarangkalian menempuh kesesakan lalu lintas yang maha luar biasa. Leceh juga kalau mengantuk waktu-waktu macam ni.
  3. Untuk mengelakkan rasa mengantuk, ada eloknya juga orang yang duduk di sebelah pemandu adalah jenis yang Deejay Radio, banyak cakap. Boleh juga buat teman sembang. Tapi jangan sembang jenis mengumpat pula.
  4. Kereta juga harus berada dalam cukup cergas. Bukan setakat servis tukar minyak pelincir sama penapis minyak. Periksa juga lain-lain kompenan seperti keadaan tayar dan juga brek pad. Tayar simpanan pun kena periksa sama, jangan dianaktirikan.
  5. Sebelum bertolak pulang ke kampung, pastikan tahap petrol berada pada tahap yang paling cemerlang. Buat isian petrol sebelum memasuki lebuhraya di kawasan yang berdekatan dengan rumah. Dah tentu dapat menjimatkan masa daripada nak kena beratur kalau mengisi petrol yang berhampiran dengan lebuhraya.
  6. Jangan lupa juga membuat isian semula kad Sentuh & Pergi [Touch N Go] awal-awal. Jangan dah nak masuk lebuhraya, baru terhegeh-hegeh nak buat isian semula di kaunter tol. Tahukah anda betapa ramainya umat sibuk beratur waktu itu. Nak lebih afdal, gunakan saja Tag Pintar [Smart Tag].
  7. Kalau yang jenis sukakan cara konvensional, pastikan anda menyediakan tiket tol dan duitnya sebelum menghampiri Plaza Tol. Ramai sangat yang suka bila dah sampai depan Kakak Plaza Tol baru terhegeh-hegeh nak cari tiket sama beg duit. Yang duduk beratur kat belakang nak membayar pun boleh tahan banyak keretanya.
  8. Kalau dah beratur panjang sewaktu berada di Plaza Tol, jangan nak mengada-ngada menukar lorong. Anda hanya akan menambah sesak dan menyakitkan hati serta perasaan pemandu-pemandu di belakang.
  9. Sewaktu memandu di lebuhraya, pastikan anda mematuhi had kelajuan kebangsaan. Kalau sesekali cecah 120 km/j kerana nak memotong kenderaan di hadapan, tak mengapa. Anda boleh dimaafkan.
  10. Sewaktu memandu dengan laju di lebuhraya, cuba perhatikan sama kenderaan di hadapan dan yang lebih hadapan. Mana tahu, tiba-tiba tertekan brek kecemasan, sempat jugalah anda nak menekan brek sama. Tidaklah nanti sibuk penumpang sebelah nak kena brek pakai mulut.
  11. Kalau anda jenis yang berduit lagi selepas Hari Raya nanti, silakan memotong kenderaan dengan menggunakan laluan kecemasan. Dengar kata, pihak penguatkuasa berpakaian preman bersepah waktu ni.
  12. Memandu laju di lebuhraya memerlukan konsentrasi yang amat tinggi. Jadi jangan cuba-cuba memandu gaya sebelah tangan sahaja pegang stereng. Gila. Sebastian Loeb pun tak pernah buat macam tu.
  13. Jikalau anda sedang memandu dengan had kelajuan kebangsaan dan berada di lorong paling kanan, mohon untuk beri laluan sekiranya ada kenderaan di belakang 8 batu lagi dah bagi lampu tinggi minta diberikan laluan. Jangan cuba jadi hero tak mahu beri laluan hanya kerana kenderaan tersebut dah mencapai had kelajuan kereta api laju.
  14. Tali pinggang keledar tu jangan dah nampak sekatan jalanraya baru terhegeh-hegeh nak pasang. Tapi kalau anda jenis yang suka tercampak ke luar tingkat hadapan, tak pakai pun tak mengapa.
  15. Bagi yang menggunakan Jalan Persekutuan, tahap keberhati-hatian amat-amat diperlukan. Diulangi, amat-amat diperlukan! Jalan Kuala Lipis-Merapoh tu memang selalu masuk carta kemalangan ngeri. Sekali kena, pasti masuk muka depan akhbar arus perdana.
  16. Tolong juga sedar diri dan sedar kemampuan kereta. Kalau setakat memandu Saga FLX, bubuh pula rim sukan bersaiz sampai berbelas-belas inci, penumpang mengalahkan MPV jangan cuba pasang niat untuk memotong bas bersaiz dua tingkat di hadapan. Kalau dah bertembung dengan kenderaan di hadapan, nak ingat Wad Kecemasan pun tiada gunanya lagi.
  17. Mana-mana kenderaan yang dah nak sampai kampung, sewaktu nak keluar masuk simpang, dengan rasa rendah diri saya memohon agar janganlah diacah-acah kepala kereta anda seperti hendak ke tak hendak keluar simpang. Kalau kenderaan lain masih lagi berada pada laluannya, berikan sahaja kerana anda yang harus mengalah. Jangan ikut amalan nak keluar simpang tapi kepala kereta terjulur keluar sampai makan setengah jalan.
  18. Ada orang berkata, sewaktu memandu tu ingatlah yang tersayang. Sesekali tu, ingatlah sama insan yang ada tak berapa nak sayang, Doktor sama pemandu Ambulan misalannya.
  19. Dalam kereta pastikan sekurangnya ada sebotol air mineral, bimbang kalau-kalau suhu enjin kereta mendadak naik tahap kepanasannya di kala menempuh jem yang menggila.
  20. Kalau semua perkara yang di atas anda semua dan amalkan tetapi masih juga mengalami sebarang kecelakaan, anggap sahaja ianya takdir dariNya. Yang penting kena Redha.

Kepada Sekutu yang memandu sewaktu pulang ke kampung, semoga semuanya selamat dalam perjalanan. Sekian.

-C27-

Azmin

Penulis Indie

27 Comments

  1. yes…lu mmg bijak caparzo huhuhu kat penang ni..
    min..lebeh kan humor la mc biasa lu tulis…jgn la skema sgt heheheh

  2. er, lu kena paham..gua menulis atas kapasiti nama Azmin.. kalau gua menulis guna C27, lain pula kaedahnya..kehkehkeh..
    cuma gua nak tambah sikit..ada eloknya stenbai batu..untung-untung boleh guna juga buat baling kepada orang yang tak reti bahasa waktu memandu tu..heh

  3. makasey…nasihat berguna tuk semua penguna jalanraya…tapi gua sedih sebab takda kampung..apa pon selamat hari raya tuk semua..hati-hati di jalan raya…..jgn. jadi hantu raya.

  4. oh terharu betul bila baca nih…ingatlah sama orang yang tak tersayang, doktor dan pemandu ambulan…ahahha ;p terima kasih atas ingatan.

  5. Pendita_Gila…Gua dulu sekolah kat Penang…Komtar tu mmg tempat melepak ujung minggu…tu yg boleh cam tu…
    Sepat…Gua dulu main Daytona sebelah tgn jer…kekekeh

  6. Sehari sebelum raya mesti jem…terpaksa la gua anta keter balik kampung dlu, then balik merempit…huhu

  7. ah sepat..pantang betul kalau ada can nak mengata gua..pengalaman gua memandu Daytona aja bertahun-tahun..sebab tu gua boleh buat gaya macamtu..kahkahkah

  8. skru dan sekutu sekalian…
    keter gua hilang…
    proton waja 1.6 auto warna silver, sport rim advan rg kaler putih, plet WKC2079.
    kereta parking kat workshop hj mela auto, pusat perdagangan seri kembangan.
    malam tadi b4 staff workshop balik pukul 2pagi++ keter masih ada.
    pagi tadi diorang masuk keje pagi keter dah takde.
    mintak kawan-kawan yang ade nampak keter ni hubungi balai polis berdekatan atau kontek gua, amir-0133539025/0123973795.
    bantuan kalian amatlah gua hargai…
    kalau sesape ade kaki yang leh tolong, kontek gak gua k…
    tq…
    🙁

  9. info yang paling berguna biar pemandu2 di malaysia ni faham dan dijadikan panduan dan pedoman…adiosss

  10. belalang_kontot_dalam_kenangan
    gua tumpang simpati..kalau lu ada gambar sekali, gua mohon utk letak kat Wall FB GT.. nanti gua & sekutu yang lain boleh tolong share kan sama2.. bersabarlah..dugaan dariNya

  11. Aku penah berada dalam jem nak balik kg beraya 16 jam. Masa tu aku memandu sebelah tangan je sebab aku pandu keta manual. Satu lagi tangan nak tukar gear. kejap gear 1, kejap gear 2 pastu free gear..

    Mad, Min & Mat Pon
    Aku rasa, sebagai akitiviti sosial tambahan, ko boleh buat entry khas kes-kes macam encik belalang_kontot_dalam_kenangan. Bantu membantu amalan mulia

  12. sekarang game token hampir pupus..tetapi pengaruhg game masih ada…cintoh min la…membawa kereta seperti membawa game dytona ekekekeke

  13. tq min dan alteja…gua dah emel kat GT gambar kete gua…

  14. Joe Özil
    Betullah tu, gua sedang memandu Persona dalam itu gambar.. er, baidewei, nanti sebelum Raya gua akan tulis balik kisah balik raya versi facelift punya

Kata Anda//