Baii: Subaru Plug-in Stella [Belut Elektrik!]

Subaru Plug in Stella 00

Samada lu orang nak percaya atau tak, kereta bersih dan mesra alam alam sekitar yang tak menggunakan bahan bakar fosil akan mengambil alih posisi kereta-kereta pencemaran hari ni. Ada pakar kata 10 tahun lagi, tapi gua rasa paling koman 20-30 tahun lagi barulah kereta-kereta ni boleh dimajukan secara komersial-pada harga yang ekonomikal. Sekarang pun ada, cuma bukan tahap kita lagi nak beli kereta-kereta macam ni yang mana teknologi dan kejuruteraannya sangat mahal.

Bila sebut kereta eletrik, mesti ramai yang merujuk pada i Miev, kereta Mitsubishi tu. Kereta ni dibuat berdasarkan chasis Mitsubishi i enjin belakang. Kereta ni gua dah test dua tahun lepas masa ura-ura MMM (Mitsubishi Motors Malaysia) nak jual di sini, akhirnya tak jadi, sebab apa? Malas nak cerita, nanti sakit hati.

Subaru Plug in Stella00100

Bila benda-benda eksotik-komersial ni datang dari jenama mainstream, ia cepat tersebar. Tapi seperti biasa Mitubsihi i Miev masih belum lagi boleh dibeli oleh orang-orang biasa. Ia hanya digunakan oleh jabatan kerajaan Jepun dan kalau tak silap gua yang malas nak google ni, tahun depan baru i Miev ni betul-betul dikeluarkan dengan skala besar, jual terus kepada pengguna tapi di Jepun lah.

Bagi sebuah syarikat yang akan meluaskan pasaran enjin hibridnya, membangunkan kereta berkuasa elektrik sepenuhnya macam tak kena je. Apa adahal, gua Toyota ma.. jual kereta berkuasa air soya pun orang yakin boleh beli. Toyota mampu buat, tapi gua tak rasa bahawa diorang sanggup nak tambah lagi pelaburan di waktu-waktu sukar macam sekarang ni. Sebab itu bila FT-86 konsep keluar, Toyota tidak berselindung bahawa mereka kerjasama dengan Subaru. Gua rasa Akio Toyoda pun tak nak tandatangan surat kebenaran projek kalau semua duit modal FT-86 tu dari poket Toyota. Kereta yang dah tentu pasarannya tidak besar mana.

Baru-baru ni Toyota mengumumkan nak masuk pertandingan kereta eletrik. Tak lama selepas Charles Ghosn mengumumkan Nissan LEAF. Walaupun seperti yang diketahui bateri adalah sangat mahal. Rata-rata kos bateri kereta ni 30-40 ribu ringgit Malaysia untuk pasaran sekarang. Tetapi di Jepun kerajaan Jepun awal-awal lagi telah membuat skim rebet yang mana sekitar 1-1;.5 juta yen mengikut jenis kereta.

Subaru Plug in Stella00000

Toyota FT-EV II. Gua tak tau apa maksudnya. Tapi di sini gua tak nak bercerita tentang model ni. Toyota hari ni ada 16 peratus pegangan saham dalam Subaru dan Subaru memang tidak mengkhusus kepada enjin dua alam hibrid. Mereka dah buat Plug-in Stella bertahun-tahun hingga dah boleh jalan atas jalan raya. Secara teknikalnya, gua percaya Toyota sekali lagi akan menggunakan Plug-In Stella sebagai asas teknologinya.

Plug-In Stella adalah sebuah kereta elektrik yang sudah boleh dibeli di Jepun. Tapi bilangannya tidak banyak. Mulai bulan lepas, Subaru dah mengagihkan 170 unit untuk dijual. Mungkin ramai yang pelik kenapa sikit sangat. Memang dalam industri automotif kalau boleh siapa yang tak nak meniaga dan dapat untung, tapi mengejar teknologi dan gandakan dengan kos yang menjadi masalah. Jadi. Dengan Leaf dan i Miev yang akan masuk pasaran tahun depan, ada baiknya Subaru jual dulu sikit-sikit asalkan pasarannya ada publisiti.

Subaru tidak teragak-agak melabur terus menggunakan bateri telefon bimbit, lithium–ion yang mana selnya merupakan antara yang paling mahal dalam industri ini. Sebagai perbandingan, Toyota hibrid menggunakan Nikel metal hidrat (NiMh) dan mengingatkan gua pada jurutera hibrid Prius yang pernah gua temuramah dulu. Menurut mamat Jepun tu, Toyota boleh saja nak pakai Li-ion tapi mereka rasa Ni-Mh lagi sesuai. Bila gua tanya pasal Ni-Mh yang tak boleh dikitar semula dan sebab ia lebih murah, beliau hanya tersengih-sengih tak mau jawab soalan.

Subaru Plug in Stella00004

Li-ion yang digunakan pada Plug-in Stella ni bukan saja tahan lama, malah durasi penggunaannya lebih baik dari mana-mana bateri yang ada pada hari ini. Sekali cas penuh boleh jalan 90km. Kereta ni perlu dicas 8 jam untuk penuhkan kapasiti bateri tetapi Subaru juga membuat opsyen quick charge, 30 minit untuk sampai kapasiti 80 persen penuh. Dan lebih penting, ini adalah kereta K-Car yang kecil.

Sebagai perbandingan, kereta elektrik dalam liga ini terdiri daripada Nissan Leaf yang boleh dipandu sehingga 160km dengan cas yang sama, Mitsubishi i Miev pun lebih kurang tu juga, semuanya berlumba-lumba dengan teknologi, yang mana ia adalah berkaitan dengan teknologi dan kos untuk dapat nisbah eknomikal. Tak mustahil, 10 tahun lagi kereta letrik ni boleh jalan sampai 500km.

Di Jepun, ada dua firma bateri automotif yang besar iaitu Automotive Synergy Supply Corp (syarikat kerjasama Nissan Motor dan NEC) dan satu lagi Panasonic EV Energy iaitu syarikat gandingan Toyota dan Panasonic. Setakat hari ini, Stella masih menggunakan bateri dari Automotive Synergy Corp dan tak mustahil bila Toyota FT-EV nanti mereka akan beralih kepada Panasonic EV.

Subaru Plug in Stella00005

Bila kita boleh pakai kereta macam ni? Gua tak rasa akan jadi ekonomikal dalam masa terdekat. Pertama sebab ia saiz Kei Car yang mana regulasinya tidak cukup untuk dijual Amerika. Bila tak boleh jual di US, lambat sikit nak balik modal untuk jual semula di Asia. Sebab itu masa pelancaran Nissan, Charles Ghosn awal-awal lagi dah bagitau bahawa LEAF akan jadi world car, maksudnya kereta produksi yang dijual terus di seluruh dunia. Kalau projeknya tidak delay macam Airbus A380, nescaya gua rasa amat payah payah Toyota nak pintas balik LEAF nanti. Dan kalau gua baik dengan Akio Toyoda, sekarang jugak gua suruh dia buat 2 model letrik terus, jual Stella Plug-in dengan FT-EVII, jangan tunggu lama-lama, lancar awal tahun depan.

Kalau nak jadikan kereta ni lebih logik harganya supaya jadi kereta komuter, lupakan aspek-aspek mewah dan aksesori merepek. Jadikan ia kereta asas. Tak perlu nak masuk segmen C pun. Sub kan sahaja projek lagi pada Daihatsu. Buat kereta macam saiz Viva tapi pakai letrik. Ambik konsep Tata Nano. Kalau buat kereta alam sekitar tapi penuh aksesori, futuristik, mewah dan orang tak mampu beli pun tak gunanya. Akhirnya dunia pun tak akan bersih.. Amacam? Bijak tak gua?

-Baii-

*Sumber:

*Salinan dengan lesen

i Miev

Plug in Stella

Lithium Ion

Nissan Leaf

Silakan kongsi:

36 comments

Skip to comment form

    • Jamil Butang on 27/10/2009 at 11:08 PM
    • Reply

    Bil letrik langsung melambung. langsung tak ekonomikal…

  1. I discovered your homepage by coincidence.
    Very interesting posts and well written.
    I will put your site on my blogroll.
    🙂

    • beesixslow on 27/10/2009 at 11:28 PM
    • Reply

    1.Jamil Butang
    October 27th, 2009 at 11:08 pm Bil letrik langsung melambung. langsung tak ekonomikal…

    err…pakai gen set..ish..minyak plk kena beli….

  2. cayalah baii.. idea lu memang selalunya superb beb.. sekarang kereta hybrid nie da macam barang mewah, sedangkan ia membantu mengurangkan kadar pencemaran.. Gua harap lenggok harganya seperti telefon bimbit.. mahal sewaktu diperkenalkan, tetapi murah selepas menjadi semakin canggih..

  3. Great post. I will read your posts frequently. Added you to the RSS reader.

    • jawas on 27/10/2009 at 11:41 PM
    • Reply

    nth brape la agk2 nye harga nye bila dperknalkn t ea…

    • kete_hitam on 28/10/2009 at 12:00 AM
    • Reply

    cas kat pejabat la…. kasi bil letrek pejabat yg naik…

    • najeep on 28/10/2009 at 12:35 AM
    • Reply

    gua dah tua baru merasa kot pakai keta nie…
    itu pun kalau panjang umur..

    • carragher27 on 28/10/2009 at 7:30 AM
    • Reply

    bila mana persaingannya dah menjadi terlalu banyak, tak mustahil harganya akan menjadi murah [sedikit]

    • shah_mivec on 28/10/2009 at 8:50 AM
    • Reply

    bai kalau tulis artikel macam najib bentangkan bajet penuh dengan ilmiah dan cadangan.

    • lesen_L on 28/10/2009 at 8:53 AM
    • Reply

    nak generate letrik pun hasilkan pencemaran,dah le harga bahan api nak naik je…thn depan mesti minyak naik lagi….baik biodiesel, memang le cemar,tapi boleh buat. nak charge letrik buang masa je,tuang minyak lagi cepat…

  4. gua tak rase elektrik bleh jdi tenaga yg pnjg hayatnye….mungkin elektrik hanya permulaan….tapi aku syak lepas2 ni akn ada fuel sel bru yg akn digunakan utk menggantikan minyak yang semakin habis ni…….mungkin air, mungkin nuklear, mungkin benda lain, tpi ngak mungkin elektrik…..kos nya jelik gitu…!

    • pendita_gila on 28/10/2009 at 9:26 AM
    • Reply

    x mungkin..sedangkan kereta skrng pn x trun2 lg..ni kan plak teknologi baru..myb berabat laa nak tunggu…nk masuk malaysia pon xtau lg ble hahaha

    • strokeboi on 28/10/2009 at 9:47 AM
    • Reply

    naik beskal, lg mesra alam

    • Jamil Butang on 28/10/2009 at 11:17 AM
    • Reply

    beesixslow

    gen set tu pakai minyak ron 97 ke ron 95? haha..

    • fairuz doe on 28/10/2009 at 12:09 PM
    • Reply

    x pe la klu mitsubishi i-miev x msk m’sia tp msh dpt secara live psl mitsu. Spore tnga cbuk2 promote keta letrik 2 kat negare diaorg

    • gunners on 28/10/2009 at 12:32 PM
    • Reply

    gamaknye lain kli klu org malaysia nih bli keter letrik lgi ‘buncit’ la TNB……..

    • zulkim on 28/10/2009 at 12:40 PM
    • Reply

    nanti bl sume org pakai kete letrik.kalo sangkut dalam jem pergh . beteri dah low, lupe nak caj plak malam tadi.ekon takleh pakai sebab nanti beteri cepat abis .haru gak tu

    • natubaik on 28/10/2009 at 12:58 PM
    • Reply

    wa tunggu rxz pakai lektik.. bila la gamaknye..

    • on 28/10/2009 at 1:24 PM
    • Reply

    Mat…Biler TAXI ride punyer date ni?…Naik kete letrik je la ek…Selamat dunia akhirat

    • NutzeyWagen on 28/10/2009 at 1:37 PM
    • Reply

    Memang dari dulu lagi aku tak suka kereta elektrik atas sebab-sebab berikut:
    1) tak mampu buat perjalanan jauh tanpa re-charge
    2) tak cukup tinggi kelajuan
    3) membuang masa bila re-charging
    4) harga bateri terlalu mahal
    dan yang terpenting sekali,
    5) tiada kepuasan mendengar bunyi enjin

    Diatas adalah pendapat saya sendiri semata-matanya, dua sen aku.

    • lesen_L on 28/10/2009 at 1:56 PM
    • Reply

    ye..bunyi bising engin ngan ekzos…mana ada feel takde bunyi bising kan…utk keselamatan ape,nnti kena langgar pun tak sedar,maklum le keta letrik senyap je…kesian org buta,hehehe

    • KumbangKhayal on 28/10/2009 at 2:54 PM
    • Reply

    gua rasa kereta elektrik ni bukan jawapan masa panjang kepada untuk sektor automotif.

    macam Lesen L cakap la, nak generate elektrik ni pakai apa? Kalo kat Mesia, 80% pakai fosil fuel(arang batu n gas asli) lagi 20% pakai hydroelektrik. Nanti bila fosil duel habis, kita nak pakai apa pula?

    pendapat aku la, baik develop teknologi fuel cell yang guna hidrogen. pasal hidrogen ini tak pernah habis. Honda dah buat dengan Honda Clarity. kat California pun dah ada pump untuk hidrogen. tak payah susah2 nak cas berejam. kalo pakai hidrogen macam isi petrol full tank 5 minit terus jalan.

    cuma masalahnya, hidrogen pure tu tak ada. dia bercampur dengan unsur lain. nak extract hidrogen pure memang rumit.

    tapi pikirkan, petroleum yang berkilometer dalam tanah tu, kita boleh korek, hantar ke darat, tapis lagi, kemudian hantar pulak kat pengguna pun kita boleh buat, takkan hidrogen tak boleh?

    • fauzi on 28/10/2009 at 4:33 PM
    • Reply

    berita gembira untuk semua klik kat bawah

    http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsbusiness.php?id=450365

    rakyat didahulukan pencapaian diutanmakan

    • Han on 28/10/2009 at 9:31 PM
    • Reply

    kereta2 macam ni mahal sebab teknologi..

    toyota prius pon mahal jugak..

    apa cer??

  5. bijak2..tp btol la mslhnya xleh jln jauh tanpa cas..mcm ne la time balik kpg raya kn..bunyi ekzos pn 1 hal..klu duit bersepah lehla buat 2nd or 3rd car ker..mahal ne wei..

    • on 28/10/2009 at 10:17 PM
    • Reply

    Ntah, gua pun setuju. Setuju apa pun gua tak tau. Semalam gua layan drama TV3.

    • bekas student Z2H on 29/10/2009 at 1:04 AM
    • Reply

    gua ingat nak pasang pantograf atas keta elektrik gua la…

    senang skit nak cas bateri….mcm KTM Komuter…

    • belalang_kontot on 29/10/2009 at 3:06 AM
    • Reply

    bai, kalo lu masuk bertanding dalam pilihanraya, gu aakan sokong lu…lu mmg bijak…

    • jek on 02/11/2009 at 9:03 PM
    • Reply

    xde nye jd murah. membohong aih… proton dg enjin busuknye pn makin mahal. ni kan pulak kereta pakai bateri.

    • otakxsenter on 08/12/2009 at 10:26 PM
    • Reply

    kereta e/trik ni sesuai untuk orang yang pergi main golf ja. pasal kat padang golf pun pakai keta e/trik.

    • gt -apex on 15/01/2010 at 11:39 PM
    • Reply

    tak name nanti kerete letrik ni kene bagi diskaun potongan
    la dgn tnb bagi free sikit la…

    • gt -apex on 15/01/2010 at 11:40 PM
    • Reply

    tak name nanti kerete letrik ni kene bagi diskaun potongan
    la dgn tnb bagi free sikit la…
    jgn harge letrik melambung udah la…..

    • Rim sukan sudu on 16/01/2010 at 10:55 PM
    • Reply

    Kereta elektrik nih tak relevan kat Malaysia. Dah lah harga mahal. Kene tax pulak tu. Pakai diesel lagi ok.

    • udak haikal on 19/01/2010 at 12:01 PM
    • Reply

    Salam…hambo raso tak sempat meraso kreto lexrix, no komeng…

    • odie on 23/02/2010 at 2:21 AM
    • Reply

    leceh r…
    aku bateri hp pn slalu lupe nak cas, ni kn plak nk cas bateri kete…
    xde kuase aku nk nunggu..

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.