Baii: Gua Tengok je Proton Satria Neo R3 Lotus Racing

Proton Satria Neo R3 Lotus Racing

Seperti yang digembar gemburkan oleh Matpon (adik Mat Kacau tapi tak mengaku), gua test kereta ni semalam. Seperti yang diberitahu oleh pihak Media relation Proton yang sepanjang tahun tukar orang berapa kali pun gua tak tau, jadual gua test pukul 4.30- petang. Group 3. Awal-awal lagi gua dah SMS Rosyam Nor ajak datang test sekali. dia balas SMS “boleh blah”

Lupa pulak, test session ni dibuat dekat trek Proton di Shah Alam.

Proton Satria Neo R3 Lotus Racing

Sebelum dibawa ke trek, terlebih dahulu gua dan Ahmad Syukran Zainuddin membelasah roti jala dengan kuih ubi pekebendatah dekat lobi Proton. Apa barang, perut tengah lapar. Ahmad Syukran Zainuddin seperti biasa, semua makanan adalah favourite beliau. Perut dah macam kaki botol. Gua pun apa kurangnya.

Sebaik sahaja sampai giliran kumpulan kitorang nak test, hujan turun dengan lebat dan selebat-lebatnya. Masa tu jam sekitar 5 petang. Kitorang kumpulan terakhir pulak tu. Sementara menunggu hujan berenti, gua mula melakukan siasatan, biasalah berapa lama duduk majalah Mempelam dulu. Gua melakukan temuramah pada kumpulan awal yang test kereta ni. Berikut adalah komen yang gua terima.

Cimat – (gua tak ingat nama penuh dia)

majalah EVO

“Mula-mula gua rasa macam bawak Neo standard je. lepas belasah slalom dengan buat few test, baru gua rasa kereta ni lagi rigid. Tapi apa-apa hal suspension dia memang terbaek jo. Cuma dia punya power agak kureng kick sikit”

Reizlan

Harian Metro

“Gila apa gua nak bawak laju, baru 80km/j je tayar dah duduk atas air. Membetulkan stereng lagi penat dari nak lepas kon,” kata beliau yang tak henti-henti berdoa agar hujan berenti cepat.

Ahmad Syukran Zainuddin

Kosmo

“Boleh tahan jugak sandwich ni,”

Proton Satria Neo R3 Lotus Racing

Kesimpulannya, gua langsung tak test. Nak mencarut kang boleh murtad. Hujan panas ni kerja Allah SWT. Redha je. mungkin ada hikmah. Gua sempat berborak dengan Tg Djan dan orang-orang R3 tentang kereta 115K ni. Bila dah berborak panjang, memang gua faham kenapa kereta ni jadi begitu premium.

Identiti. Proton perlukan sebuah kereta yang semacam Satria GTI. Jadi konsepnya mestilah lebih bagus dari Gti. Bukan senang nak padamkan kehebatan GTI. So lahirlah Neo R3 Lotus. Bila dah imej, tentulah kena kuatkan tema Lotus di situ.

Proton Satria Neo R3 Lotus Racing

Fakta tentang Neo

  1. Chasis dia sama dengan Neo – mengikut engineer, chasis ni memang dah cukup kuat untuk 145hp, malah ia boleh tampung lebih dari itu, so memang confirm tiada spotweld atau strengthtened dibuat. Strut brace pun tak payah.
  2. Suspensi dual flow Ohlins valve ni memang berbeza dengan jenis konvensional mono. Supaya kereta ni dapat jadi trek car yang boleh dipandu hari-hari.
  3. Bonet depan karbon fibre dan fender FRP. Total weight saving 50kg lebih. Tujuannya supaya pembahagian berat depan belakang jadi lebih bagus.
  4. Brek AP Racing memang sedap-bukan sahaja sedap, AP Racing adalah OEM brek model Lotus.
  5. Engine upgrade ialah cam profile, gear 1-4 yang ditukar kepada ratio yang lebih pendek ECU yang telah diprogramkan semula.
  6. Suspensi Ohlins ni boleh dipasarkan kalau ada permintaan, tapi jangan ingat murah. RM30K untuk developed benda ni jadi sesuai dengan Neo ni. Tapi barang ni tetap akan di stock kan. Sebab kang ada Neo Lotus yang eksiden, mana nak carik barang? Takkan nak pakai GAB Kepong?
  7. Gua tak suka trimming pintu dia, belah atas kulit, lepas jalur kuning ada pulak karbon fibre.
  8. Seat dia cun. Tapi gua lagi prefer kalau diorang boleh sub kepada Recaro (macam Satria Gti)
  9. 25 unit yang dibuat untuk model ni adalah bersempena 25 tahun Proton.

-Baii-

Silakan kongsi:

34 comments

Skip to comment form

    • ala lingkup on 09/04/2010 at 8:32 AM
    • Reply

    hahaha… x sempat test ghupanya

    • taktau on 09/04/2010 at 8:56 AM
    • Reply

    berbaloi ke tak ni sebetolnye???
    gaye cerite mcm kalah membeli seri memakai je bunyinye..

    • on 09/04/2010 at 9:05 AM
    • Reply

    Alamak Baii….Sian nyer kat ko…Aku penah gak tak dpt try Ford Focus…Dolu-dolu la….

  1. aku dah test malam tadi… jiran aku punya he he he (in your dream)

    • 6posen on 09/04/2010 at 9:22 AM
    • Reply

    ko dtg ari len la……try bwk curik2…eh…curik dosa…

    • carragher27 on 09/04/2010 at 9:28 AM
    • Reply

    buat gua berdebar aja bila baca cerita ni..

  2. macam tak best plak

    • pok mat on 09/04/2010 at 10:21 AM
    • Reply

    ok ni..

    • apixE3 on 09/04/2010 at 11:27 AM
    • Reply

    kalu suspension baik spt Ohlins…
    msti keta mau power lg…sesuai ngn hrga..
    full time 4wd ka.kn
    hahaaa…

    • brianbadboyz on 09/04/2010 at 12:22 PM
    • Reply

    aku dgr rosyam nor beli 1 kete ni.mtk ngan dia klu nk test drive

    • kete_hitam on 09/04/2010 at 2:26 PM
    • Reply

    huh………..

    • on 09/04/2010 at 4:07 PM
    • Reply

    Macam Rosyam nak kasi…

    • jokong on 09/04/2010 at 4:31 PM
    • Reply

    kasi gegar rosyam
    bia die bg lu sume test

    • avtomat kalashnikov on 09/04/2010 at 6:43 PM
    • Reply

    apsl diorg x bubuh tebo yg diwar-warkn akn dipsg kt exora? alang2 nk jual limited edisen kn? x gitu matpon?

    • peminat on 09/04/2010 at 8:26 PM
    • Reply

    kakakaka padan muko … takper..lain kali leh test

    • pendita_gila on 10/04/2010 at 1:02 AM
    • Reply

    gua tunggu test ngan guna..xtau bila ntah

    • 5ruz on 10/04/2010 at 2:06 AM
    • Reply

    Apa daa pegi Test Sandwich,org soh g test kereta

    • lalalili on 10/04/2010 at 4:22 AM
    • Reply

    aduh tak test lagikkkk
    doa2 la proton panggil test balik hahahaaha

  3. peh…ade sandwich……

    • slimershine on 10/04/2010 at 1:57 PM
    • Reply

    hadui.. kenapa dapat kumpulan last? ni mesti datang lambat..

    • a.hensem on 12/04/2010 at 2:30 PM
    • Reply

    bila tgk mat salleh bawak neo kat uni gua ni.
    mmg bangga..xtahan siap modified.ekjoz pun perang.
    mmg cun.ada jugak team gti.
    cume yang gua xtahan orang2 malaysia yang awal2 lagi dah downgrade ini kereta.
    ceit podah!
    orang yg ckp tuh tukar minyak itam sendiri pun xleh agaknya

    apa2 pun ini neo mmg champayon!! x sabar balik msia nak tgk live.kot2 dapat cucuh ka.haha

    • Entah la... on 12/04/2010 at 4:13 PM
    • Reply

    Laporan Bernamas mengatakan permintaan untuk kaler ijau lotus kini telah meningkat dengan mendadaknya..hahaha..

    • crazeecar on 12/04/2010 at 7:11 PM
    • Reply

    gua respek keter nie..kate la ape pon….utk compny malaysia yg umor 25 thn…okey r…mmg bodoh kalo protoh jual lotus ni cam agusta..mcm2 ley planning pas nie….supercar proton biler nk kuar nih???

    • anon_nimbus on 12/04/2010 at 8:26 PM
    • Reply

    tapi bagi aku la..ni la bukti yang katekan enjin campro tu ade potensi..gti dulu pun enjin mmc..ni sendiri punye maa..nak2 lagi aku tengok dalam AFOS dulu tu slambe je titik vios ngan honda city siam dalm trek..

    • zephyr on 13/04/2010 at 9:11 AM
    • Reply

    RM115k!!….aku rasa baik beli lencer GT

    • k on 13/04/2010 at 9:36 AM
    • Reply

    bagi aku Rm 115 berbaloi..limited edition

    • 6posen on 13/04/2010 at 9:39 AM
    • Reply

    145hp ltk kt exora best gaknye…..

    • Han on 13/04/2010 at 11:02 AM
    • Reply

    lah, lagipon mende ni terhad kan..
    kot2 minat leh sambar, tak minat beli keta lain..

    minat orang lain2..

    • zaidgsr on 13/04/2010 at 11:59 AM
    • Reply

    limited.. harga tinggi.. memang bukan untuk semua orang…

    • fuadKE70 on 14/04/2010 at 1:21 PM
    • Reply

    law proton ltk turbo lg best..
    berbaloilh skit..

    • wong_cho_wo on 27/06/2010 at 6:51 PM
    • Reply

    harga tu bole beli silvia s15 tu..

    • kancil ex660 on 03/08/2010 at 12:03 PM
    • Reply

    klw bli lancer gt atw s15 skali pon xkan nk pkai stedet kilang jer kot? xtw plak brapa ploh ribu nk abis nnti.. r3 lotus ni wlaupon 115k tp bli trus lanyak jer korang xyah pkir nk tkr2 rim taiwan + bamper kelabu tkar muffler trompet lg dahh..lg 1 anda diperhatikan bla naik kereta ni cam naik m3 coupe la katakan..stuju x

  4. gua setuju….sgt……beli brg buatan malaysia..nnti proton kluakan plak tarik blakang….bleh tk djan drive ndrift…naik lg nama MALAYSIA

    • tatik on 13/06/2011 at 12:30 AM
    • Reply

    yes sgt stuju. 115k dh boleh truz lanyak. ini kilang pnye modify x perlu risau mmg slmt. otak2 engineer yg setting kete ni=)

Leave a Reply to HanCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.