Author's posts

Nov 07

PROTON Menang Anugerah Perak Dalam Anugerah Putra Brand 2017

PROTON telah memenangi Anugerah Perak bagi Kategori Automotif di majlis Anugerah Putra Brand 2017 yang diadakan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada 3 November lalu. Ini merupakan kemenangan pertama bagi PROTON sejak Anugerah Putra Brand dilancarkan pada tahun 2010. Anugerah Putra Brand adalah satu inisiatif oleh Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4A’s) untuk memberi pengiktirafan …

Continue reading

Nov 01

Jualan Proton Meningkat 12.5% – Proton Saga Paling Laris!

PROTON merekodkan kenaikan jualan 12.5% setakat tahun sehingga Oktober lalu dengan jumlah jualan sebanyak 56,297 unit berbanding 50,091 unit dalam tempoh yang sama tahun lepas. Ini dapat dicapai meskipun  keseluruhan jualan kereta pada September 2017 mengalami penurunan berikutan bilangan cuti umum yang banyak pada bulan tersebut. Peningkatan ini turut disebabkan oleh pertumbuhan sebanyak 1.7% tahun sehingga kini …

Continue reading

Oct 31

Kerusi Bayi & Kanak-Kanak Perodua Pada Harga Istimewa – Hanya RM 660 & RM 780

Pada 30 Oktober lalu, Timbalan Menteri Pengangkutan, YB Dato’ Ab Aziz Kaprawi telah melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Perodua dan Kerusi Kanak-Kanak Perodua di Perodua Sentral, Petaling Jaya. Istimewa sempena kempena ini ialah penawaran kerusi bayi dan kanak-kanak pada harga mampu milik dan ia boleh dipesan semasa pembelian kereta baharu Perodua.  Sehingga Tahun Baru Cina 2018, …

Continue reading

Oct 29

Honda HR-V 2016 Terlibat Dalam Penggantian Semula Bar Penstabil Depan

Honda-HR-V-2015

Honda Malaysia telah mengumumkan panggilan semula sebanyak 2,814 unit model HR-V tahun 2016 kerana terdapat kemungkinan bar penstabil depan boleh patah di bawah tekanan tinggi. Kerosakan itu berpunca dari suhu yang tidak mencukupi semasa proses pengeluaran dan mengakibatkan kerosakan yang mungkin berlaku semasa tekanan tinggi.

Continue reading

Sep 13

Honda CRF250 Rally & CRF250L 2017 Kini Di Pasaran

Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) telah mengumumkan penawaran model CRF250L dan CRF250 Rally 2017 serba baharu untuk memenuhi kehendak penggemar motosikal pengembaraan ringan yang menginginkan keseronokan tunggangan di atas jalan raya dan off-road bagi kembara hujung minggu, keselesaan untuk dibawa melancong dan berfungsi praktikal untuk kegunaan harian.

Continue reading

Sep 13

Geely GC9 Terpilih Sebagai Kenderaan Diplomatik China

Geely Auto (Geely) mengumumkan bahawa Biro Perkhidmatan Kementerian Luar Negeri China akan terus menggunakan model sedan daripada Geely, Geely GC9 sebagai kenderaan rasmi diplomatiknya. Sebanyak 50 unit Geely GC9 baharu diserahkan kepada Biro Perkhidmatan Diplomatik Beijing pada satu majlis penyerahan, yang mana kereta tersebut akan digunakan sebagai sebahagian daripada kenderaan rasmi diplomatik di China.

Continue reading

Sep 13

Volvo S90 T8 Twin Engine Inscription CKD Kini Sudah Boleh Ditempah

Volvo Car Malaysia telah mengumumkan S90 T8 Twin Engine Inscription yang dipasang di kilang Shah Alam sudah sedia untuk ditempah pada harga RM 348,888 (di atas jalan tanpa insurans). Volvo S90 sebelum ini diimport (CBU) dan dipasarkan melalui dua varian iaitu V90 dan S90 T6 AWD R-Design.

Continue reading

Sep 13

Haval H2 CKD Kini Di Pasaran – RM98K dan RM102K

Pengedar rasmi jenama Haval di Malaysia, Go Auto melancarkan model Haval H2 versi pemasangan tempatan (CKD) dengan memperkenalkan beberapa pembaharuan dari segi penampilan dengan harga bermula RM98,950 untuk Comfort Auto dan RM 101,950 Premium Auto, termasuk insurans dan cukai jalan.

Continue reading