Author's posts

Nov 19

Pandu Uji Singkat Proton Ertiga

Seperti yang diketahui, Proton telah menandatangani MoU bersama Suzuki Corporation pada tahun lalu. Untuk mereka yang bertanya kenapa Proton perlu ada banyak rakan kongsi dan hanya rebadging Proton Ertiga? Di antara jawapannya ialah Ertiga lebih ekonomikal jika dijenamakan semula dari pengeluar lain berbanding membangunkan sendiri kelas MPV yang tidak mempunyai jumlah jualan yang besar. Proton …

Continue reading »

Sep 24

Proton Saga 2016 – Pandu Uji Singkat Di litar Ujian Proton 

Percaya atau tidak, kerangka C12 Saga yang asal bertahan antara yang paling lama dalam sejarah pengeluaran kereta (selain Beetle dan Mini). Dikeluarkan pertama kali pada tahun 1985 dengan enjin “Orion”, diperbaharui dengan megavalve kemudian Iswara, kemudian LMSS dan LMST pada 2008. Selama tempoh 23 tahun menggunakan 1 casis, enjin dengan sistem karburetor dan rim kompang, …

Continue reading »

Sep 21

Proton Persona 2016 – Pandu Uji Dari KL ke Kuantan

Baru-baru ini, pihak media telah dijemput dalam satu sesi pandu uji Proton Persona 2016 yang diaturkan oleh pihak Proton. Laluan yang dipilih ialah dari pusat Kecemerlangan Proton di Shah Alam ke Bandar Kuantan. Sebelum ini, kami pernah membuat laporan pengalaman pandu uji pertama Proton Persona 2016 di trek ujian Proton di kilang mereka Shah Alam. …

Continue reading »

Dec 13

Baii: Mazda5 Perjalanan Jauh Tiga Generasi

Mazda merevolusikan banyak perkara dalam dunia automotif. Walaupun sebagai pemain industri kecil, Mazda telah mengabdikan segala pengetahuan yang mereka ada, melabur dan akhirnya hampir hampir bankrap kerana keghairahan barisan jurutera mereka mencipta benda baru dalam industri. Ada dua perkara yang sering dikaitkan dengan revolusi Mazda, pertama mereka satu-satunya pengeluar kereta di dunia yang kekal menggunakan …

Continue reading »

Oct 16

Baii: Proton Inspira Punya Pengenalan

Apa sahaja berita yang melibatkan Proton, ia akan mendapat perhatian luas di seluruh negara. Gua jenis yang suka jalan-jalan dalam blog orang, bila ada isu Proton, tu dia dia punya komen punyalah banyak. Yang anti jangan ceritalah, daripada banyak yang gua tengok, tak ramai yang betul-betul faham industri automotif dan perniagaan. Jenis yang provokatif jangan …

Continue reading »

Sep 30

Baii: Pajero Datang Lagi!

Pajero datang lagi!! Peh, macam Tora datang lagi. Pajero adalah sebuah nama yang lu orang semua kenal, pacuan empat roda, lasak, bising, melantun-lantun, lembap, tak boleh rosak, kaki pancing, Lanun Darat, tinggi, turbo intercooler, RTM, JKR dan banyak jabatan kerajaan yang masih digunakan sampai hari ini. Model V32 dan V45 gua rasa yang paling ikonik. …

Continue reading »

Aug 10

Baii: Suzuki Alto, Chedet Style!

Gua sekarang tengah usha awek, kat DRB Hi-com, boleh tahan dia punya ramai. Yang kerek macam Mat Kacau pun tidak kurang lagaknya. Kejap lagi, Suzuki Alto akan dilancarkan, terer betul. Reuters pun tak boleh lawan gua. Tak launch lagi gua dah taip story. Seperti biasa. Chedet Style

Continue reading »

Jun 10

Baii: Peugeot 3008

Malam Isnin lepas, Peugeot 3008 secara rasminya dilancarkan. Bertambah lagi ahli keluarga Peugeot di Malaysia. Ironiknya, pelacaran kereta ini diadakan bersempena dengan ulangtahun Peugeot ke 200. Baru gua tau syarikat ni dah 200 tahun. Syarikat ni ditubuhkan pada 1810, tapi kereta pertamanya dibuat pada 1891, sebelum itu, diorang buat mesin jahit, gergaji, mesin kisar kopi …

Continue reading »