Aston Martin Cygnet

Aston Martin Cygnet White and Black.07

Cygnet adalah kereta mewah bandar dengan pakej kompak dan emisi rendah, kedua ciri ini dipersembahkan melalui skil dan seni pembuatan Aston Martin yang teliti dan boleh dilihat melalui interior yang bermutu tinggi.

Untuk meraikan penjualannya di UK, Aston Martin memperkenalkan Cygnet White dan Black, kedua model istimewa ini didatangkan sama ada dengan transmisi manual atau CVT dan hanya ditawarkan tempoh terhad.

Aston Martin Cygnet White and Black.04

Luaran Cygnet White dilayangkan warna Snow White dengan campuran warna perak serta roda aluminium berwarna White Diamond. Interiornya pula dilengkapi kerusi kulit jahitan tangan berwarna Pearl White dengan sulaman Alcantra serta satin chrome. Melengkapi hasil kerja yang terperinci ialah logo sayap Aston Martin berwarna putih sedondon dengan warna badan kereta.

Aston Martin Cygnet White and Black.02

Cygnet Black pula disudahi warna metalik Magic Black dengan bayangan warna hijau laut dalam dan dikontrakan dengan perkakasan-perkakasan badan berwarna krom. Pada bahagian interior pula kerusinya dibalut dengan kulit hitam dengan corak berlian dan juga peralatan berwarna krom. Seperti edisi White, logo sayap juga diwarnakan sedondon dengan warna kereta iaitu hitam. Cygnet edisi istimewa turut didatangkan set bagasi lima unit yang dibuat khas, melengkapi kemewahannya.

Produksi Cygnet akan dimulakan pada bulan April 2011 dan harganya ialah GBP30,995.

Sumber: Newspress

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

6 comments

Skip to comment form

    • kete_hitam on 24/01/2011 at 10:08 AM
    • Reply

    buleh buat kete jems bon….

    • audi on 24/01/2011 at 12:37 PM
    • Reply

    mahal nak mati

    • oldshook on 24/01/2011 at 7:07 PM
    • Reply

    cam ne nk pronounce ni si kenit ke

    • kete_hitam on 24/01/2011 at 8:13 PM
    • Reply

    cikenet…. hee..

    • exJAVANESE on 24/01/2011 at 11:48 PM
    • Reply

    lawa lg Toyota IQ…pekata lu srikandi matpon?

  1. mmg same ngan Toyota iQ…hampeh

Leave a Reply to kete_hitamCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.