APRC New Caledonia 2012: Proton Gagal Raih Podium Tetapi Berjaya Meraih Tujuh Poin Kejohanan

Proton menamatkan pusingan kedua Rali Asia Pasifik (APRC) di New Caledonia yang mencabar dengan pelbagai masalah seterusnya menafikan podium untuk pasukan.

Juara bertahan APRC, Alister McRae bersara awal pada peringkat kedua perlumbaan kedua dan meneruskan saingan pada hari terakhir perlumbaan dengan format Super Rally dan paling menarik memenangi tiga daripada enam peringkat pada hari tersebut untuk meraih tujuh poin berharga.

McRae menamatkan perlumbaan di hadapan dua pemandu Skoda iaitu Guarav Gill dan Chris Atkinson. McRae walau bagaimanapun tidak layak untuk menaiki podium.

Sementara itu, seorang lagi pemandu Proton iaitu PG Andersson mendahului perlumbaan pada hari pembukaan dan mencatat tiga masa terpantas di dalam empat peringkat perlumbaan. Malang turut menimpa beliau apabila Satria Neo S2000 yang dipandu kehilangan kuasa selepas mengharungi lintasan air. Andersson kehilangan 14 minit dan jatuh ke tempat keempat di dalam kategori APRC. Percubaannya untuk bangkit pada hari ketiga turut gagal apabila keretanya mengalami masalah mekanikal.

Rally New Caledonia meliputi jarak sejauh 252.82km dengan 19 peringkat perlumbaan.

Muhammad

3 Comments

  1. @CM Punk.

    Kereta yang lu cakap tu gua rasa Syuk dah test drive. Tapi masalahnya nak cari kat mana simpan. Walaupun nampak senang tapi rumit juga nak cari artikel ke mana gamba ke mana. Banyak sangat fail.

    Preve’ rileks dulu, gua nak baca blog sebelah punya test drive dulu.

    Gua suka Proton, sebab engineer Proton baca GT. Tapi yang penting gua tak buat entri lucah macam paper meloya.

Kata Anda//