APRC Malaysia 2011: Proton Mendominasi Podium!

APRC Malaysia 2011-03.07

Pasukan Proton begitu menyerlah di dalam Rali Malaysia 2011 di Estet Tai Tak, Kota Tinggi, Johor. Chris Atkinson dengan kereta Proton Satria Neo S2000 menerajui perlumbaan dan berada di podium juara di dalam pusingan pembukaan Kejohanan Rali Asia Pasifik [APRC] ini.

Menambah kegembiraan pasukan Proton apabila seorang lagi pemandu, Alister McRae berada di posisi ketiga, bahkan isyarat kemenangan Proton begitu jelas apabila kedua mereka berada di kedudukan hadapan sepanjang perlumbaan berlangsung.

APRC Malaysia 2011-03.03

Chris dan pemandu arah, Stephane Prevot menamatkan perlumbaan dengan masa 3 jam 14:49.3 saat di hadapan Guarav Gill yang memandu Mitsubishi Lancer Evo X dengan masa 3 jam 16:35.9 saat. Di tempat ketiga ialah Alister dan pemandu arah, Bill Hayes dengan masa 3 jam 23:37.5 saat.

APRC Malaysia 2011-03.01

Kemenangan Proton di rali tanah air muncul di tengah-tengah keraguan sama ada Satria Neo yang digunakan mampu menahan cuaca yang mencabar berdasarkan pengalaman musim lepas apabila kereta mengalami masalah dan terpaksa bersara awal. Tetapi segala-galanya berubah apabila akhirnya pasukan muncul juara dan Chris memuji kereta mereka.

“Kami telah mencapai sesuatu yang besar dengan kejayaan ini, sistem suspensi baharu dan pembangunan terhadap enjin telah menunjukkan hasil. Ianya adalah permulaan yang bagus untuk rali tahun ini dan kami tidak sabar untuk bersaing di dalam baki APRC, rahsia kemenangan kami adalah bagaimanana kereta ini bertindak balas ” kata Chris.

APRC Malaysia 2011-03.02

Sementara itu, Fan Fan yang berasal dari China memenangi pusingan pembukaan Kejohanan Rali Malaysia [MRC] dengan prestasi sempurna. Beliau yang 5 tahun tidak berlumba di Malaysia mencatat masa 3 jam 44.30.6 saat dengan kereta Mitsubishi Evo X. Fan berjaya mengekang pelumba tempatan, Muhammad Rafiq Udhaya dengan kereta Subaru Impreza yang mencatat masa 3 jam 47:20.6 saat. Di tempat ketiga ialah pemandu dari Jepun, Aji Kim yang mencatat masa 3 jam 58:51.6 saat dengan kereta Proton Satria Neo.

APRC Malaysia 2011-03.06

Dua pemandu Pennzoil GSR, Karamjit Singh dan Saladin Mazlan gagal menamatkan perlumbaan sepenuhnya dan mereka terpaksa bekerja keras pada pusingan seterusnya di Kangar, Perlis.

Tahniah Proton dan para pemenang!

-Mak/d Uia-

Muhammad

5 Comments

Kata Anda//