APRC Malaysia 2011: Proton Cusco Rally Team

Proton Satria Neo Cusco APRC Malaysia 2011.45

Seperti yang diketahui umum, pasukan Proton Motorsports menjuarai Kejohanan Rali Asia Pasifik [APRC] pusingan pertama di Johor pada Ahad lepas. Selepas 3 tahun berhempas-pulas baru kini pasukan pengeluar kereta nasional menjadi juara. Dimulakan oleh Karamjit Singh pada tahun 2009 kemudian oleh Alister McRae dan Chris Atkinson pada tahun 2010 dan 2011.

Proton Satria Neo Cusco APRC Malaysia 2011.23

Walaupun Proton Satria Neo S2000 diberi perhatian besar kini fokus perlu juga diberikan kepada sebuah lagi pasukan yang menggunakan Satria Neo iaitu Proton Cusco Rally Team. Pada penampilan sulung minggu lepas, 2 buah Neo yang hampir standard digunakan dan dipandu oleh pemandu Jepun iaitu Akira Bamba dan Kosuke Takashino. Mereka berdua menamatkan perlumbaan di tempat kelapan dan kesembilan keseluruhan dan juga tempat pertama dan kedua kategori junior APRC.

Proton Satria Neo Cusco APRC Malaysia 2011.02

Proton Satria Neo Cusco lebih hampir kepada versi jalanan dan khabarnya kereta ini boleh dibeli dengan harga RM100 ribu. Spesifikasi FIA. Pembeli hanya cuci tangan, kereta dah siap boleh lumba. Kotak gear dog box.

-Mak/d Uia-

Muhammad

13 Comments

  1. Pelug
    Dog box kalau nak tukar gear anjak ke depan atau tarik ke belakang. Kira sequential jugakla, cara tukar gear macam motor, tak boleh lompat selang satu gear.

  2. Yuri,

    Neo Cusco ni 2WD je. Tapi memang laju (dalam kelasnya). Masa tengok rally tu, Neo ni senyap je. bunyi gearbox lagi kuat daripada bunyi enjin.

Kata Anda//